Connect with us

ALHIJRAH NEWS

R&R SEREMBAN TUTUP 14 BULAN

DALAM NEGARA

R&R SEREMBAN TUTUP 14 BULAN

KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Bhd (PLUS) akan menutup Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban (Arah Selatan) di KM274.6 di Lebuhraya Utara-Selatan untuk tempoh 14 bulan.

Menurut kenyataan PLUS, penutupan itu bagi kerja-kerja menaik taraf yang akan melibatkan keseluruhan premis bermula 13 Oktober 2021 sehingga 31 Disember 2022.

“Sepanjang tempoh penambahbaikan ini, semua outlet makanan dan minuman (F&B) dan kemudahan awam sedia ada di R&R akan ditutup.

“Walau bagaimanapun, stesen minyak masih beroperasi seperti biasa dan PLUS turut menyediakan kemudahan sementara seperti tandas awam, surau, tempat letak kereta termasuk trak makanan kepada semua pelanggan lebuh raya,” menurut kenyataan itu.

Pelanggan lebuh raya yang menuju ke selatan boleh menggunakan R&R Dengkil, Hentian Sebelah Nilai, Hentian Sebelah Senawang, Restoran Jejantas Ayer Keroh, R&R Ayer Keroh atau mana-mana R&R dan hentian sebelah yang berdekatan untuk mendapatkan kemudahan makanan dan keperluan lain dengan lebih selesa.

Pelanggan lebuh raya juga boleh menggunakan kemudahan tandas awam dan surau di mana-mana plaza tol yang terdekat.

PLUS juga memaklumkan pelanggan lebuh raya juga mempunyai pilihan untuk menikmati tawaran makanan yang disediakan rakan perniaga R&R terpilih melalui fungsi Pra-Pesanan di https://orderdisini.plus.com.my/ atau menerusi Aplikasi PLUS untuk bawa pulang.

Maklumat dan keadaan trafik terkini pula boleh diperoleh melalui platfom sosial media PLUS seperti Twitter, Instagram, Facebook, LinkedIn, Youtube dan laman web http://www.plus.com.my atau menerusi Aplikasi PLUS untuk membantu merancang perjalanan. – AlHIjrah Online


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading