MAHKAMAH RAYUAN LEPAS SEMENTARA DA’I SYED DENGAN JAMINAN SEHINGGA RAYUAN DIDENGAR
Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan sementara pendakwah selebriti Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita.
PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini melepaskan sementara pendakwah selebriti Da’i Syed, atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohd Shaiful yang sedang menjalani hukuman penjara 10 tahun dan tiga sebatan atas kesalahan merogol seorang wanita.
Panel tiga hakim terdiri daripada Hakim Datuk Azmi Ariffin, Datuk Hayatul Akmal Abdul Aziz dan Datuk Meor Hashimi Abdul Hamid membenarkan permohonan Syed Shah Iqmal, 31, untuk menggantung pelaksanaan hukuman itu, yang perintahkan Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 23 Jan 2026 sehingga rayuannya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman itu diputuskan Mahkamah Rayuan.
“Kami mendapati bahawa terdapat keadaan istimewa yang mewajarkan pemohon dilepaskan atas jaminan sehingga rayuan pemohon di Mahkamah Rayuan ini diputuskan. Antara alasan-alasannya ialah kami mendapati pemohon tidak pernah gagal menghadiri perbicaraan di Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi. Oleh itu, kami tidak melihat wujudnya risiko ketidakhadiran pemohon pada peringkat rayuan di Mahkamah Rayuan nanti.
“Mahkamah juga mendapati bahawa tiada keterangan yang menunjukkan melalui afidavit bahawa pemohon pernah melarikan diri atau menghilangkan diri daripada menghadiri prosiding pada peringkat Mahkamah Sesyen atau Mahkamah Tinggi, selain mengambil kira ini adalah kesalahan pertama pemohon dan harus diberikan pertimbangan,” kata Hakim Azmi yang membacakan keputusan sebulat suara itu.
Sehubungan dengan itu, Hakim Azmi berkata pemohon (Syed Shah Iqmal) dilepaskan sementara dengan wang jaminan RM40,000 beserta dua penjamin selain pasport diserahkan kepada mahkamah, perlu melaporkan diri setiap bulan bermula Mac 2026 di balai polis Seksyen 6 Shah Alam, Selangor, sehingga rayuan diputuskan Mahkamah Rayuan.
“Sekiranya, ada pelanggaran pada mana-mana syarat tersebut, maka jaminan yang diberikan pada hari ini akan dibatalkan oleh Mahkamah Rayuan ini,” kata hakim Azmi.
Pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Atiqah Abdul Karim, manakala peguam M. Athimulan, Datuk Abu Bakar Isa Ramat, dan Mohamed Baharudeen Mohamed Ariff bertindak bagi pihak Syed Shah Iqmal.
Syed Shah Iqmal memfailkan permohonan itu selepas Hakim Mahkamah Tinggi Adlin Abdul Majid pada 23 Jan 2026, menolak permohonannya untuk penggantungan pelaksanaan hukuman.
Terdahulu, Atiqah berhujah bahawa pihak pendakwaan membantah permohonan Syed Shah Iqmal, namun jika mahkamah membenarkan permohonan tersebut ia perlu beserta syarat-syarat tambahan lain.
Athimulan berhujah meskipun pemohon seorang selebriti, namun haknya untuk mendapat layanan yang sama rata mesti diiktiraf oleh mahkamah.
Syed Shah Iqmal yang sedang menjalani hukuman di Penjara Kajang dibawa ke mahkamah dengan berpakaian lokap berwarna jingga. Turut kelihatan isterinya, Nurul Hana Ismail yang berada di galeri awam.
Pada 30 Ogos 2024, Syed Shah Iqmal dihukum penjara 10 tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam selepas didapati bersalah atas kesalahan terbabit, dan Hakim Norazlin Othman memerintahkan bapa kepada dua cahaya mata itu menjalani hukuman serta-merta.
Bagaimanapun, pada 20 Sept 2024 Mahkamah Tinggi Shah Alam membenarkan pelaksanaan hukuman itu, yang telah berjalan selama 21 hari, ditangguhkan sehingga rayuan di mahkamah berkenaan selesai.
Pada 10 Dis 2020, Syed Shah Iqmal mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol mangsa yang berusia 23 tahun di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7, Shah Alam pada 1.35 pagi 11 Sept 2019, mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun serta sebatan.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager