KES BUNUH DI KEPONG: MANGSA WANITA ALAMI 89 KESAN TIKAMAN, LUKA PERTAHAN DIRI – POLIS
Polis mengesahkan sebanyak 89 kecederaan dipercayai kesan tikaman dan luka mempertahankan diri ditemukan pada badan seorang wanita yang dibunuh suaminya dalam kejadian di SPK Damansara, Kepong, pada Rabu lepas.
KUALA LUMPUR: Polis mengesahkan sebanyak 89 kecederaan dipercayai kesan tikaman dan luka mempertahankan diri ditemukan pada badan seorang wanita yang dibunuh suaminya dalam kejadian di SPK Damansara, Kepong di sini pada Rabu lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus berkata perkara terbabit diperoleh hasil bedah siasat yang dijalankan semalam di Hospital Kuala Lumpur.
“Terdapat 89 kecederaan pada badan dan leher isteri manakala suaminya mengalami 10 kecederaan.
“Mayat mangsa dituntut oleh waris semalam untuk proses pengebumian,” katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Op Selamat 25 sempena Tahun Baharu Cina 2026 peringkat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.
Fadil berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin depan untuk tindakan lanjut.
Semalam, media melaporkan seorang lelaki menikam isterinya sebanyak 13 kali sebelum bertindak membunuh diri dipercayai kerana perselisihan faham dalam kejadian pada Rabu lepas di sebuah rumah di Sunway SPK Damansara, di Kepong.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata hasil pemeriksaan polis di tempat kejadian menjumpai mayat lelaki berusia 54 tahun dengan kesan tikaman di bahagian leher, manakala satu mayat wanita berumur 52 tahun dengan kesan kecederaan tikaman di beberapa bahagian badan.
Dalam perkembangan berasingan, Fadil berkata suspek kes bunuh wanita gelandangan di hadapan sebuah sekolah menengah di Jalan Sentul di sini, Isnin lepas, dipercayai tidak siuman.
Beliau berkata pemeriksaan lanjut mendapati suspek berusia 46 tahun itu mengalami masalah mental dan kini direman enam hari hingga 15 Feb ini, sebelum kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya pada Isnin depan.
“Setakat ini kita belum dapat mengenal pasti motif kejadian dan punca kematian disebabkan kecederaan di bahagian kepala akibat hentakan objek tumpul,” katanya dan menambah sembilan saksi telah dirakam percakapan bagi membantu siasatan.
Sebelum ini, media melaporkan seorang penganggur lelaki warga tempatan berusia 46 tahun ditahan di sekitar Sentul pada Isnin lepas bagi membantu siasatan penemuan mayat seorang wanita yang dipercayai dibunuh di hadapan sebuah sekolah menengah di Jalan Sentul.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager