Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MAHKAMAH SYARIAH LULUSKAN TUNTUTAN FASAKH WANITA DALAM KOMA

DALAM NEGARA

MAHKAMAH SYARIAH LULUSKAN TUNTUTAN FASAKH WANITA DALAM KOMA

Tambahnya, dia kini lega dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

SEREMBAN: Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini meluluskan permohonan tuntutan fasakh oleh wanita yang berada dalam koma, Jahidah Nordin, 44, terhadap suami yang mencederakannya hingga dia terlantar sejak Mei 2021.

Tuntutan fasakh terhadap Rosmaini Abd Raof, 40, difailkan dengan berwakilkan adiknya Fauziah Nordin.

Fauziah berkata, dia membuat tuntutan fasakh mewakili kakaknya pada 1 Februari lalu, dan bersyukur proses itu dipermudahkan tanpa menunggu lama.

Tambahnya, dia kini lega dan dapat memberi fokus terhadap kes jenayah membabitkan Rosmaini dengan kakaknya yang kini masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah.

Fauziah berharap lelaki yang mencederakan kakaknya itu menerima hukuman setimpal memandangkan tindakan itu menyebabkan kehidupan kakaknya sekeluarga berubah.

Terdahulu di dalam mahkamah, peguam Mohd Amirul Adam Ahmad dari Jabatan Bantuan Guaman Negeri Sembilan yang mewakili Fauziah, menyerahkan kenyataan bertulis kepada hakim Hamizan Mohd Nor.

Mohd Amirul berkata, hakim membuat keputusan hari ini selepas mahkamah berpuas hati dengan keterangan secara bertulis oleh pihak penjaga ad litem serta berdasarkan dokumen yang dikemukakan.

Pada Mei 2021, media melaporkan seorang wanita hamil parah dipercayai dipukul suaminya dalam kejadian pada 4 Mei.

Wanita itu yang seorang kakitangan awam sebuah jabatan kerajaan dilaporkan berada di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban selepas menerima rawatan awal di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) Johor Bahru.

Mangsa mengalami kecederaan parah pada kepala dan tengkorak akibat pendarahan selain rahang, tulang belakang serta rusuk retak disyaki dipukul suaminya.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading