Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KOKURIKULUM: KPM BERI KELONGGARAN PELAJAR PAKAI BAJU SUKAN

DALAM NEGARA

KOKURIKULUM: KPM BERI KELONGGARAN PELAJAR PAKAI BAJU SUKAN

Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.

Gambar ARKIB. Sumber BERNAMA

NILAI: Kementerian Pendidikan (KPM) memberikan kelonggaran kepada pelajar untuk memakai baju-T sukan bersesuaian semasa mengikuti aktiviti kokurikulum badan beruniform di sekolah.

Menterinya, Fadhlina Sidek, berkata keputusan itu dibuat bertujuan meringankan beban ibu bapa sekiranya tidak mampu membeli set pakaian badan beruniform menjelang sesi pembukaan sekolah pada 20 Mac ini.

“Soal baju kokurikulum, badan beruniform, juga menjadi isu, jika tidak mampu, pakai baju sukan sekolah  untuk hadir dan mengikuti semua program kokurikulum yang dilaksanakan di sekolah,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Seminar Membangunkan Malaysia MADANI Peranan Sektor Pendidikan, di sini, hari ini.

Mengulas mengenai rungutan ibu bapa mengenai kelewatan pengumuman keputusan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) yang akan dikeluarkan pada Jumaat ini, Fadhlina berkata tarikh berkenaan adalah wajar dan tidak timbul isu kesuntukan masa untuk membuat persiapan ke sekolah baharu.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading