MAHKAMAH TOLAK PERMOHONAN SEMAKAN KEHAKIMAN PENGARAH, PENERBIT FILEM MENTEGA TERBANG
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang berhubung larangan tayangan dan publisiti filem itu.
KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan semakan kehakiman dikemukakan pengarah dan penerbit filem Mentega Terbang berhubung larangan tayangan dan publisiti filem itu.
Hakim Datuk Amarjeet Singh menyampaikan keputusan itu pada prosiding hari ini yang dihadiri Peguam Persekutuan Mohammad Sallehuddin Md Ali yang mewakili Kementerian Dalam Negeri dan kerajaan selaku responden.
“Ini keputusan mahkamah, permohonan semakan kehakiman ditolak,” kata Hakim Amarjeet.
Peguam N.Surendran yang mewakili pengarah filem itu Mohd Khairianwar Jailani dan penerbitnya Tan Meng Kheng ketika ditemui di luar mahkamah berkata, pihaknya akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan terhadap keputusan mahkamah hari ini.
Dalam permohonan yang difailkan pada Disember 2023, Mohd Khairianwar, 32, dan Tan, 37, mendakwa keputusan kerajaan mengharamkan filem itu adalah tidak rasional dan melanggar kebebasan bersuara yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Mereka mendakwa keputusan itu turut menjejaskan pendapatan mereka kerana filem itu tidak dapat ditayangkan atau diedarkan ke mana-mana dalam negara.
Sebelum ini Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan dan publisiti filem itu menerusi Warta Kerajaan P.U (A) 2662 Akta Penapisan Filem 2002 Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 bertarikh 21 Ogos 2023 yang ditandatangani oleh menterinya Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Filem yang ditayang menerusi platform penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam kerana didakwa memaparkan adegan dengan unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.
Pada 17 Jan 2024, Mohd Khairianwar dan Tan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret atas pertuduhan melukakan perasaan agama orang lain menerusi filem itu.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager