INSIDEN KEKECOHAN WARGA PALESTIN DIBAWA KE MESYUARAT JEMAAH MENTERI RABU INI – FAHMI
Semalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di WTKL pada petang Sabtu seperti yang tular di media sosial, dikatakan berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.
SEPANG: Insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di Wisma Transit Kuala Lumpur (WTKL) baru-baru ini akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri Rabu ini bagi tindakan lanjut.
Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata mesyuarat pada minggu ini akan mendapatkan maklumat terkini daripada Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin.
“Dalam beberapa mesyuarat Jemaah Menteri yang lepas ada dibangkitkan aspek pemindahan (warga Palestin) ke premis yang baharu.
“Setakat ini belum dimaklumkan kepada Jemaah Menteri, tapi saya pasti selepas mesyuarat hari Rabu (ini) akan ada sedikit kemas kini untuk rakan media,” katanya kepada media selepas perasmian kempen Tahun Melawat Malaysia 2026 (TMM2026) yang disempurnakan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, di sini hari ini.
Semalam Angkatan Tentera Malaysia (ATM) mengesahkan insiden kekecohan melibatkan warga Palestin di WTKL pada petang Sabtu seperti yang tular di media sosial, dikatakan berpunca daripada keinginan mereka untuk mempercepatkan proses kembali ke Palestin.
Insiden itu merupakan kejadian kedua, dengan yang pertama pada Oktober tahun lepas.
Pada 16 Ogos lepas, Malaysia membawa 127 warga Palestin termasuk 41 pesakit yang cedera akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza, ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, manakala saudara-mara lain ditempatkan di WTKL.
Ditanya tindakan kementerian susulan beberapa video tular berkaitan kekecohan termasuk insiden di Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr Ismail (TTDI), Fahmi berkata masyarakat sering disajikan dengan pelbagai kandungan yang tidak pasti hujung pangkalnya.
“Oleh itu saya mohon supaya kita berusaha untuk mencari dan memahami konteks sebenar apa-apa bahan yang disebarkan supaya kita tahu adakah perkara itu benar-benar berlaku, adakah ia berlaku sekarang atau sebelum ini, dan apa sebenar yang berlaku serta apa tindakan, sekiranya ada, dari pihak berkuasa mengenai perkara tersebut.
“…juga wajar kita bersabar seketika mendapatkan atau melakukan fact-checking,” katanya.
Selain itu Fahmi berkata pengamal media juga memainkan peranan untuk membantu membuat pengesahan mengenai sesuatu perkara yang tular, terutama tempoh atau tarikh perkara itu dikatakan berlaku, siapa yang menyebarkan.
“Dari situ kita boleh membuat pengesahan lebih jitu. Proses itu penting,” katanya.
Sementara itu, Fahmi berkata Kementerian Komunikasi akan memberi kerjasama erat kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dalam mempromosikan produk pelancongan, selain daripada mengetengahkan mesej utama dari kementerian dan kerajaan sempena TMM2026.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked