MAIS NAFI PEMULIHAN AKIDAH BEKAS AHLI GISBH HANYA TUMPU PENGAJIAN TAJWID
Program Insan Rabbani bertujuan memulihkan akidah bekas ahli GISBH telah diluluskan pada 4 Feb 2025 sejajar dengan fatwa yang diwartakan pada 16 Okt 2024 bahawa fahaman, ajaran atau amalan ahli GISBH dan rangkaiannya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menafikan dakwaan yang tular melalui media sosia bahawa proses pemulihan akidah bekas ahli GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) hanya tertumpu kepada pengajian tajwid.
Setiausaha MAIS Dr Ahmad Shahir Makhtar berkata Program Insan Rabbani bertujuan memulihkan akidah bekas ahli GISBH telah diluluskan pada 4 Feb 2025 sejajar dengan fatwa yang diwartakan pada 16 Okt 2024 bahawa fahaman, ajaran atau amalan ahli GISBH dan rangkaiannya menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.
Beliau berkata Program Insan Rabbani merupakan satu daripada program pemulihan MAIS yang memberi fokus kepada pemulihan akidah kepada bekas ahli GISBH dengan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), bermula pada 15 Feb hingga Ogos 2025.
“Program ini dilaksanakan setiap Ahad sebanyak 24 siri selama empat jam di empat lokasi, iaitu Sekolah Rendah Agama (SRA) Country Homes, Rawang; Masjid Sultan Abdul Aziz Shah, Shah Alam; SRA Sijangkang, Kuala Langat dan SRA Sungai Kantan, Kajang yang melibatkan 51 guru bertauliah.
“Pengisian program merujuk kepada Modul Istitabah yang telah diluluskan oleh MAIS pada 2013 dengan memberi fokus kepada pengajian ilmu al-Quran, akidah, tasawuf dan fikah kepada individu dewasa bekas ahli GISBH,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Bagi pengajian al-Quran, Ahmad Shahir berkata peserta belajar mendalami ilmu al-Quran termasuk ilmu tajwid untuk memahami dan menambah baik bacaan kitab suci umat Islam itu.
Beliau berkata pengajian akidah pula merangkumi asas ilmu akidah dan pemahaman yang benar tentang sifat-sifat Allah SWT, rasul serta yang berkaitan dengannya manakala pengajian tasawuf melibatkan penyucian hati dan sifat-sifat mahmudah.
Pengajian fikah pula merangkumi solat dan perkara-perkara berkaitan berdasarkan mazhab Imam Syafie, katanya.
Ahmad Shahir berkata untuk kanak-kanak bekas ahli GISBH, pihaknya menggunakan Modul Pendidikan Insani JAIS, antara lain bertujuan membentuk keperibadian dan mengembangkan potensi kanak-kanak secara menyeluruh dan bersepadu berlandaskan wahyu Allah dan sunah Rasulullah SAW dengan pengisian akidah, ibadah dan akhlak.
“Oleh itu, hantaran di media sosial yang menyatakan bahawa proses pemulihan akidah bekas ahli GISBH hanya tertumpu kepada pengajian tajwid semata-mata adalah tidak berasas dan tidak tepat,” katanya.
Sebelum ini, media melaporkan sebanyak 2,474 bekas ahli GISBH termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai Program Insan Rabbani yang dijalankan bermula pada 15 Feb lepas hingga Ogos ini membabitkan beberapa fasa pemulihan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager