MESYUARAT MAJLIS SOSIAL NEGARA SETUJU TUBUH JAWATANKUASA KHAS PENDIDIKAN ISLAM PRASEKOLAH
Jawatankuasa itu bertujuan menyelaras aspek pendaftaran, pembangunan kurikulum serta kebajikan guru-guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk memastikan penyampaian pendidikan prasekolah yang berkualiti, selamat dan teratur.
PUTRAJAYA: Mesyuarat Majlis Sosial Negara Bilangan 1/2025 yang dipengerusikan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini bersetuju menubuhkan Jawatankuasa Khas Pendidikan Islam Prasekolah.
Ahmad Zahid dalam kenyataan di sini hari ini berkata jawatankuasa itu bertujuan menyelaras aspek pendaftaran, pembangunan kurikulum serta kebajikan guru-guru di Pusat Asuhan Tunas Islam (PASTI) untuk memastikan penyampaian pendidikan prasekolah yang berkualiti, selamat dan teratur.
“Mesyuarat hari ini menyentuh isu kritikal sosial negara termasuk penyelarasan institusi pendidikan prasekolah Islam dan perlindungan menyeluruh terhadap kanak-kanak rentan selain turut membincangkan strategi penyelesaian isu pendaftaran, kurikulum dan tenaga pengajar di PASTI,” katanya.
Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata susulan itu, satu kertas cadangan akan diangkat kepada Jemaah Menteri mengenai pelan hala tuju pendidikan awal kanak-kanak yang lebih tersusun dan berpaksikan kualiti.
Beliau berkata mesyuarat turut bersetuju menubuhkan pasukan petugas bagi menangani kebejatan sosial dalam kalangan pelajar tercicir termasuk isu penyalahgunaan dadah dan cabaran sosial lain yang memerlukan tindakan rentas agensi yang segera dan bersasar.
Mengenai 560 kanak-kanak yang terkait dengan kumpulan GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH), Ahmad Zahid berkata mesyuarat bersetuju untuk melaksanakan langkah penyelarasan bersepadu melibatkan pelbagai kementerian, agensi dan institusi agama negeri bagi memastikan kesejahteraan kesemua kanak-kanak yang telah diselamatkan itu.
Beliau berkata aspek pemantauan, perlindungan dan kebajikan kesemua kanak-kanak itu akan terus diperkukuh sejajar dengan hak mereka sebagai pewaris masa depan negara.
Kerajaan, menurut Ahmad Zahid, telah memperuntukkan sebanyak RM1.2 juta bagi menyokong program pembangunan jati diri, advokasi keibubapaan dan pemulihan spiritual yang komprehensif bagi kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata mesyuarat itu turut menyentuh mengenai keperluan untuk mewujudkan sistem penjagaan jangka panjang (LTC) bagi warga emas selaras dengan Teras 5 Kerangka Tindakan Penuaan Kebangsaan.
“Mesyuarat mengambil ketetapan bahawa langkah drastik perlu diambil untuk mengurangkan kebergantungan kepada sumber kewangan kerajaan melalui penstrukturan sistem sokongan sosial yang lebih mampan,” katanya.
Ahmad Zahid berkata dianggarkan 15 peratus rakyat Malaysia berumur 60 tahun ke atas menjelang 2030, dengan majoriti golongan itu tidak mempunyai perlindungan insurans.
Beliau berkata Majlis Sosial Negara bukan sekadar platform perbincangan dasar, sebaliknya ia merupakan wadah penyatuan seluruh kekuatan negara merangkumi kerajaan, agensi, sektor swasta, badan bukan kerajaan (NGO) dan masyarakat sivil.
“Inilah pendekatan whole-of-nation (keseluruhan negara) yang diperlukan untuk menangani cabaran sosial negara secara berani, inklusif dan mampan,” katanya.
Ahmad Zahid turut menyeru semua jentera kerajaan, NGO, sektor swasta serta masyarakat sivil untuk memperkukuh kerjasama, mengangkat agenda pembangunan sosial negara dan memacu kesejahteraan rakyat Malaysia secara menyeluruh.
“Hanya dengan kesatuan tindakan, keberanian membuat perubahan dan iltizam bersama, kita mampu membina Malaysia MADANI yang progresif, adil dan berdaya tahan,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.