Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

WARGA EMAS MANGSA REMPUHAN SUV DI RESTORAN MAKANAN SEGERA MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

WARGA EMAS MANGSA REMPUHAN SUV DI RESTORAN MAKANAN SEGERA MENINGGAL DUNIA

Seorang warga emas yang dilanggar oleh sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) selepas ia merempuh sebuah restoran makanan segera di Sitiawan semalam, telah meninggal dunia kira-kira dua jam selepas kejadian. 

IPOH: Seorang warga emas yang dilanggar oleh sebuah Kenderaan Utiliti Sukan (SUV) selepas ia merempuh sebuah restoran makanan segera di Sitiawan semalam, telah meninggal dunia kira-kira dua jam selepas kejadian. 

Ketua Polis Daerah Manjung ACP Hasbullah Abd Rahman berkata warga emas berumur 73 tahun itu disahkan meninggal dunia pada 10.56 malam ketika menerima rawatan di wad kecemasan Hospital Seri Manjung. 

Beliau berkata tujuh mangsa lain yang terdiri daripada empat lelaki, dua wanita, dan seorang kanak-kanak perempuan lingkungan umur lima hingga 38 tahun, yang mengalami kecederaan ringan dalam kejadian kira-kira malam tadi, telah menerima rawatan pesakit luar di hospital sama.

Hasbullah berkata kejadian berlaku pada kira-kira 9.10 malam apabila sebuah kenderaan jenis Volvo XC90 yang dipandu oleh seorang lelaki berumur 29 tahun dari arah Kampung Koh menuju ke arah Sungai Wangi, hilang kawalan semasa di persimpangan lampu isyarat hadapan restoran makanan tersebut.

“..ia kemudiannya merempuh restoran berkenaan, sebelum melanggar lapan orang pelanggan restoran yang terdiri daripada tujuh orang dewasa dan seorang kanak-kanak,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata polis telah menahan pemandu kenderaan berkenaan dan kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading