MAIWP NAFI TERBABIT DALAM ISU JEMAAH HAJI TERKANDAS DI KLIA
Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menafikan pembabitannya dalam isu yang melibatkan hampir 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel serta Pusat Konvensyen Movenpick KLIA.
KUALA LUMPUR: Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) hari ini menafikan pembabitannya dalam isu yang melibatkan hampir 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Hotel serta Pusat Konvensyen Movenpick KLIA.
Pengerusinya Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar berkata ia susulan terdapat logo MAIWP Healthcare Sdn Bhd pada salah satu sepanduk yang dilihat berdekatan kumpulan jemaah berkenaan, yang tular di laman media sosial, semalam.
“MAIWP Healthcare adalah anak syarikat iaitu sebagai vendor sahaja. Mereka (agensi berkenaan) menggunakan khidmat MAIWP Healthcare untuk menyediakan alat perubatan seperti demam, selesema, dan sebagainya di sana.
Beliau berkata demikian ketika ditemui di Majlis Pengagihan Manfaat Wakaf Allahyarham Ahmad Dawjee Dadabhoy MAWIP di sini hari ini.
Beliau berkata MAIWP atau anak syarikatnya bukanlah pihak yang menguruskan jemaah haji, dan ia hanya sebagai pihak yang dianggap kontraktor berasingan menyediakan bahan-bahan perubatan di tanah suci Makkah.
“Dan kita kesal dengan apa yang berlaku dan kita harap pihak yang terlibat mengambil tanggungjawab sepenuhnya dengan apa yang berlaku, dan ini bukan urusan MAIWP kerana MAIWP hanya melihat kepada isu agama, sosial ekonomi islam,” katanya.
Terdahulu kira-kira 380 bakal jemaah haji terkandas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam dipercayai menjadi mangsa penipuan sebuah agensi pelancongan.
Mereka yang berkumpul di Aras 5, Balai Pelepasan KLIA dipercayai menggunakan visa furada untuk menunaikan haji dan tidak melalui Lembaga Tabung Haji (TH).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager