KUALA LUMPUR: Ratusan ribu jemaah haji dari seluruh dunia mulai memenuhi setiap ruang tersedia di Bukit Arafat dan datarannya, di Arafah, Arab Saudi hari ini.
Pergerakan jemaah dari Mina menuju Arafah bermula sejak tengah malam tadi waktu Arab Saudi, bagi menunaikan rukun haji iaitu Wukuf (berhimpun) di Arafah, yang ditetapkan hari ini, Jumaat, lapor Saudi TV.
Saudi TV adalah antara penyiar rasmi musim Haji 1443 Hijrah yang dilesenkan oleh Pihak Berkuasa Penyiaran Arab Saudi (SBA).
Bukit Arafat berbatu granit terletak kira-kira 22 kilometer di timur Mekah dan merupakan satu-satunya lokasi rukun haji yang terletak di luar kawasan Tanah Haram.
Menurut tradisi Islam, di puncak bukit inilah Nabi Muhammad SAW menyampaikan pesanan atau khutbah terakhir baginda.
Meneruskan legasi baginda, tradisi bacaan khutbah ini diteruskan dan kini dikenali sebagai Khutbah Arafah.
Khutbah Arafah bagi musim haji kali ini akan disampaikan Sheikh Dr Mohammad Abdul Karim Al-Issa, Setiausaha Agung Liga Dunia Islam (MWL) di Masjid Namirah.
Khutbah yang akan dibacakan dalam bahasa Arab ini dijadual bersiaran secara langsung dari Arab Saudi pada 12.30 tengah hari waktu tempatan (kira-kira 5 petang waktu Malaysia) dengan terjemahan 14 bahasa lain, termasuk bahasa Melayu, Cina dan Tamil.
Sementara itu, Kementerian Kesihatan Arab Saudi mengesahkan pihaknya memiliki sistem canggih pengesanan awal wabak yang telah diimplementasi pada musim haji kali ini.
Timbalan Setiausaha (Kesihatan Awam), Ketua Jawatankuasa Persiapan Haji, Dr Hani Jokhdar dalam kenyataan kepada Agensi Berita Arab Saudi (SPA) menjelaskan sistem pemantauan teliti itu mampu mengesan penularan wabak dan penyakit berjangkit seterusnya memberi amaran kesihatan awal untuk respon pantas, bagi mengekang penularan penyakit dalam kalangan jemaah haji.
Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi (MoHU) pula memaklumkan pelancaran semula program “Kun Aunan” (Be a Helper), selepas terhenti selama dua tahun akibat pandemik COVID-19, menurut SPA.
Seramai lebih kurang 3,000 sukarelawan lelaki dan wanita digerakkan dalam program ini bagi membantu kelancaran kerja-kerja menyantuni jemaah di Masyair (tapak suci).–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager