MALAYSIA JOHAN QARIAH, NAIB JOHAN QARI TILAWAH AL-QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA 2022

KUALA LUMPUR: Qariah dari Malaysia, Sofizah Mousin merangkul Johan Qariah Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa 1444H/ 2022M.

Sofizah yang sebelum ini mewakili Selangor bagi Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan mendapat markah sebanyak 89.66 peratus.

Sementara itu, Qari dari Malaysia, Aiman Ridhwan Mohamad Ramlan mendapat Naib Johan bagi kategori Tilawah dalam pertandingan yang sama.

Aiman juga sebelum ini mewakili Selangor mendapat markah sebanyak 88.83 peratus.

Berikut qari dan qariah yang mendapat tempat dalam Majlis Tilawah dan Menghafaz al-Quran Peringkat Antarabangsa 1444H/ 2022M.—AlHijrah Online

One comment

Leave a Reply