Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TIADA JANGKAAN CUACA BURUK LUAR BIASA HUJUNG BULAN INI – METMALAYSIA

DALAM NEGARA

TIADA JANGKAAN CUACA BURUK LUAR BIASA HUJUNG BULAN INI – METMALAYSIA

Ia sekali gus menafikan dakwaan seperti yang tular dalam rakaman video di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp.

KUALA LUMPUR: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) tidak menjangkakan akan berlaku cuaca buruk luar biasa pada penghujung bulan ini seperti yang tular dalam rakaman video di pelbagai platform media sosial serta aplikasi WhatsApp.

Ketua Pengarah MetMalaysia Muhammad Helmi Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata melalui pemantauan terkini, keadaan cuaca di Malaysia sedang dipengaruhi penumpuan angin di Semenanjung, utara Sarawak dan barat Sabah sehingga penghujung Oktober yang berpotensi menyebabkan keadaan cuaca lembap di kebanyakan negeri.

Beliau berkata pada masa sama, satu sistem tekanan rendah terbentuk di barat Filipina dan dijangka bergerak ke arah barat dan barat laut menjauhi rantau negara yang akan memberi sedikit kesan terhadap keadaan laut. 

Katanya amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dikeluarkan hari ini dengan kelajuan angin antara 40 hingga 50 kilometer sejam dan ketinggian ombak mencapai 3.5 meter dijangka boleh berlaku di kawasan perairan Condore, Reef North dan Layang-Layang dalam tempoh 27 hingga 30 Okt.

Muhammad Helmi berkata MetMalaysia akan terus memantau dan memaklumkan perubahan cuaca signifikan dari semasa ke semasa. 

Justeru, orang ramai diingatkan supaya mendapatkan maklumat sahih berkenaan ramalan dan amaran cuaca, melalui laman web rasmi dan laman media sosial rasmi MetMalaysia atau melalui talian hotline 1-300-22-1638 dan aplikasi myCuaca.-AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading