World Quran Hour merupakan usaha Datuk Dr. Hussamuddin Yaacub menjadikan al-Quran sebagai panduan dalam membentuk nilai dan budaya masyarakat.
KUALA LUMPUR – Masjid Putra, Putrajaya pada tarikh 30 Ogos ini bakal bergema dengan alunan Surah al-Kahfi dan Pesan Kemerdekaan dari Surah A-Kahfi bersempena Malaysia QuranHour kali ke-5 dan sambutan Hari Kebangsaan ke-62.
Surah tersebut dipilih kerana ianya sarat dengan panduan dan solusi menghadapi zaman penuh cabaran sebagai cara melakukan perubahan ke arah “MengQurankan Bangsa dan MengIkhlaskan Ummah”.
“Quran Hour adalah sebuah ajakan untuk kita berkolaborasi bagi
menyelamatkan keluarga, organisasi dan negara dengan nilai dari Al-Quran dan As
Sunnah. Ia adalah perancangan sehingga tahun 1500H bagi menukar ekosistem agar
kita kembali kepada nilai dan panduan dari al Quran. ” kata Datuk
Hussamuddin.
Gerakan berinteraksi dengan al- Quran; Baca, Faham dan Amal melalui
kempen tahunan berskala besar, World
Quran Hour (WQH) dan Malaysia #QuranHour, yang diaspirasi dan diasaskan Datuk
Dr Hussamuddin Yaacub ini telah mendapat 1.46 bilion capaian di media sosial
pada tahun ini berbanding 646 juta capaian pada tahun 2018. World #QuranHour
juga telah diadakan di 300 lokasi di 70 buah negara membawa gelombang perubahan
dengan al-Quran dari Malaysia ke seluruh dunia.
Merujuk kepada misi Surah Al-Kahfi pada tahun ini, Dr. Hussamuddin
mengatakan bahawa empat kisah yang ada di dalam surah tersebut sangat relevan
dengan suasana yang sedang dihadapi oleh kita pada hari ini.
“Kisah pemilik dua kebun yang dilanda badai di dalam Surah al-Kahf
pada saya, seolah-olah badai digital yang sedang meranapkan banyak syarikat
media, perbankan dan lain-lain lagi sekarang ini. Ramai yang sombong ketika
kita kaya, banyak harta dan ada ramai pengikut.
Perkara ini perlu dipimpin dengan nilai dari al-Quran” ulas Datuk
Hussamuddin.
Kisah Zulkarnain berkolaborasi membina benteng bersama-sama rakyatnya
di dalam Surah Al-Kahfi pula menurut Datuk Hussamuddin memberi beliau panduan
tentang formula kejayaan dalam berkolaborasi.
“Kita perlu membina dinding di dalam hati ummah agar hati kita
dilindungi dari anasir perosak. Dengan meningkatkan iman dan kembali kepada
al-Quran, Insya-Allah kita akan mampu menguruskan harta, ilmu dan kuasa dengan
lebih baik” kongsi Hussamuddin.
Keinginan untuk melihat perpaduan yang jitu dan kehidupan harmoni dalam
masyarakat juga menyebabkan beliau sering mencetuskan idea yang banyak
menyumbang kepada kecintaan kepada ilmu dan nilai murni sejagat, tanpa mengira
perbezaan agama dan bangsa.
Sebagaimana tabloid Sinar Harian
yang neutral dalam pelaporannya, beliau juga sentiasa berusaha menterjemahkan
nilai-nilai murni dalam peribadinya di rumah, tempat kerja dan masyarakat.
Impian untuk “Masuk Syurga Sekeluarga” menjadi dorongan kuat bagi beliau
menyumbang kepada ummah melalui pelbagai kebolehan dalam variasi bidang.
Di dalam mengharungi cabaran dunia perniagaan, beliau percaya tiada
panduan yang lebih baik selain merujuk kepada panduan dari al Quran dan
sebagaimana yang telah dicontohkan oleh Rasulullah saw.
Terapi dari al-Quran menumbuhkan kekuatan dalam diri beliau. Contohnya
beliau mengambil inspirasi dari surah An-Nur yang ada menyebut tentang sifat
pohon zaitun yang teguh di pergunungan. Seseorang yang ingin berjaya akan tetap
teguh melawan angin dan badai, kerana semakin tinggi keberadaan seseorang itu,
semakin kuat ujian melanda.
Sifat-sifat dan pedoman
sebeginilah yang cuba diterap dalam gerakan berinteraksi dengan al Quran (Baca,
Faham, Amal) untuk dihayati oleh masyarakat bagi mewujudkan sebuah masyarakat
yang berbudi dan penyayang, ‘A Nation of Compassion’.
Walaupun sibuk dengan pelbagai tanggungjawab antaranya tugas hakiki
sebagai Pengerusi, Pengarah Urusan Kumpulan dan Penerbit di Kumpulan Media
Karangkraf Sdn Bhd, Pengerusi TV AlHijrah, Universiti Malaysia Kelantan (UMK)
dan terbaharu Pengerusi Raudhah City, sebuah syarikat pemaju perumahan, beliau
tetap istiqamah dalam melestarikan gerakan al-Quran di Malaysia dan ke seluruh
dunia.
International Business Review of National Leaders, Business & Innovation menyenaraikan Datuk Dr Hussamuddin Yaacub sebagai salah seorang Pemacu Ekonomi Malaysia.
Justeru itu tidak hairanlah beliau mendapat perhatian majalah
perniagaan berprestij, International Business Review of National Leaders,
Business & Innovation sehingga terpilih dinamakan sebagai salah seorang
daripada 60 Pemacu Ekonomi Malaysia (60 Drivers of Malaysia’s Economy) oleh
majalah itu dua tahun lepas.
Beliau diletakkan sebaris nama besar ekonomi Malaysia seperti Gabenor
Bank Negara, Datuk Muhammad Ibrahim dan Pengerusi CIMB Group, Dato’ Seri
Mohamed Nazir Abdul Razak (pada masa itu).
Pada tahun 2013, syarikat yang diterajui beliau berjaya mencapai jualan tahunan RM 500 juta. Bagi usahawan yang bermula dari bawah, nama beliau mencanak naik dengan cepat dalam kalangan pemain industri media dan penerbitan negara.
Prinsip hidup yang sering selari dengan ajaran agama serta hala tuju
yang jelas dalam hidupnya menjadikan Dr. Hussamuddin rujukan kepada para
usahawan negara. Ucapan yang memberangsangkan antaranya, “Untuk berjaya, bukan
sekadar menjadi pengikut, tapi kita perlu jadi ‘game changer’ menjadi lampu
suluh para usahawan melakar masa depan mereka dalam mengejar impian.
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked