MALAYSIA TERUS PERJUANG NASIB RAKYAT PALESTIN KETIKA DUNIA MASIH BERSIKAP DWISTANDARD
Malaysia menyuarakan kekesalan dengan sikap dwistandard oleh sesetengah pihak dalam menangani nasib rakyat Palestin kerana sikap hipokrit dan dwistandard itu bukan sahaja menjejaskan prinsip asas undang-undang antarabangsa tetapi turut menyumbang kepada keganasan dan kekejaman.
KUALA LUMPUR: Malaysia menyuarakan kekesalan dengan sikap dwistandard oleh sesetengah pihak dalam menangani nasib rakyat Palestin kerana sikap hipokrit dan dwistandard itu bukan sahaja menjejaskan prinsip asas undang-undang antarabangsa tetapi turut menyumbang kepada keganasan dan kekejaman.
“Sungguh tidak dapat difahami apabila sesetengah pihak terus bercakap mengenai hak asasi manusia, keadilan dan keamanan, namun menutup mata terhadap kekejaman yang berterusan ini,” kata Timbalan Menteri Luar Datuk Mohamad Alamin ketika menyampaikan kenyataan negara pada Persidangan Peringkat Tinggi Isu Palestin di Tehran, menurut kenyataan Kementerian Luar Malaysia (Wisma Putra) pada Ahad.
Persidangan yang berlangsung dari 22 hingga 25 Dis itu bertujuan membincangkan cabaran dan strategi penyelesaian jangka masa panjang terhadap konflik berterusan di Gaza serta meneroka mekanisme berkesan bagi menyalurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Palestin.
Anjuran Presiden Iran Seyed Ebrahim Raisi, persidangan itu dihadiri beberapa negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) dan negara bukan anggota OIC.
Mohamad berkata jenayah yang dilakukan rejim Israel sekarang adalah kemuncak kekejaman dan dasar aparteid paling dahsyat rejim itu terhadap rakyat Palestin.
“Kita menyaksikan setiap hari, apa yang mungkin dikaitkan sebagai jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan.
“Oleh itu, kita mesti menghantar mesej solidariti yang kuat kepada mangsa kekejaman Israel bahawa kemanusiaan akan ditegakkan dan keadilan akan diperjuangkan,” katanya.
Timbalan menteri itu juga berkata Malaysia menyambut baik penerimaan resolusi ‘Memantau dan Meningkatkan Bantuan ke Gaza’ oleh Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 22 Dis.
“Resolusi itu dilihat sebagai harapan, menyatukan masyarakat antarabangsa untuk menamatkan pertumpahan darah yang tidak masuk akal dan menyokong kemanusiaan,” katanya.
Bagaimanapun, Malaysia menegaskan masyarakat antarabangsa khususnya Majlis Keselamatan PBB tidak boleh mengecewakan rakyat Palestin sekali lagi.
“Malaysia kekal teguh mendukung objektif utama, termasuk gencatan senjata segera, meningkatkan bantuan kemanusiaan ke Gaza, menghentikan aktiviti penempatan Israel, menyiasat pelanggaran undang-undang antarabangsa, menyokong Penyelesaian Dua Negara dan memerangi Islamophobia,” kata Mohamad.
Malaysia menegaskan keperluan menangani krisis kemanusiaan secara kolektif, menekankan bahawa serangan ke atas orang awam di Gaza merupakan jenayah perang dan Israel mesti bertanggungjawab atas tindakannya dan pendudukan di wilayah Palestin.
“Malaysia tetap teguh dengan keyakinan tidak berbelah bahagi bahawa keadilan mesti ditegakkan untuk rakyat Palestin,” katanya.
Beliau juga berkata bagi memastikan hak pendidikan rakyat Palestin, sebanyak US$3.87 juta telah diluluskan di bawah Akaun Amanah Kemanusiaan Rakyat Palestin (AAKRP) bagi membiayai yuran pendidikan dan bantuan kewangan bulanan kepada pelajar Palestin di Malaysia untuk tempoh setahun.
Kerajaan Malaysia pula akan menanggung yuran universiti berjumlah US$1.13 juta.
Kementerian Kesihatan Gaza pada Sabtu melaporkan bahawa angka korban akibat serangan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Okt lepas, meningkat kepada 20,258 orang dengan 53,688 lagi cedera. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager