MANGSA BANJIR TIDAK PERLU GANTI LESEN, GERAN HILANG ATAU ROSAK – JPJ
Mangsa terjejas banjir yang mengalami masalah geran kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) hilang atau rosak tidak perlu membuat penggantian dokumen berkenaan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.
ALOR GAJAH: Mangsa terjejas banjir yang mengalami masalah geran kenderaan atau Lesen Kenderaan Motor (LKM) hilang atau rosak tidak perlu membuat penggantian dokumen berkenaan, kata Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Aedy Fadly Ramli.
Beliau berkata semua dokumen terbabit boleh diakses dalam aplikasi MyJPJ selaras dengan peralihan perkhidmatan JPJ ke arah pendigitalan sepenuhnya pada masa hadapan.
“Rakyat terkesan bencana banjir tidak perlu risau sekiranya lesen LKM, geran atau dokumen kenderaan hilang atau rosak kerana maklumat mengenainya terdapat dalam aplikasi MyJPJ. Pengguna boleh gunakannya manakala pihak berkuasa pula boleh mengakses melaluinya,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.
Beliau berkata demikian selepas Majlis Perasmian Cawangan JPJ Masjid Tanah di Bangunan Tabung Haji yang disempurnakan Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pembukaan cawangan baharu JPJ Masjid Tanah membantu mengurangkan antara 10 hingga 20 peratus kesesakan pelanggan yang berurusan di JPJ Bukit Katil sekali gus memberikan akses lebih mudah kepada penduduk sekitar Alor Gajah dan Masjid Tanah.
Beliau berkata sebelum ini pihaknya telah menempatkan JPJ Mobile di kawasan sama untuk menawarkan perkhidmatan kepada penduduk selama setahun sebagai tempoh percubaan bermula 23 Oktober tahun lepas.
Aedy Fadly berkata dalam tempoh berkenaan, hampir 10,000 pelanggan direkodkan berurusan di JPJ Mobile dengan hasil kutipan lebih RM2.5 juta melibatkan 26,338 transaksi.
Sebelum ini, JPJ Mobile hanya menawarkan lima perkhidmatan iaitu pembaharuan lesen memandu, lesen vokasional, pendaftaran MyJPJ dan eID, semakan atau pembayaran saman JPJ serta pemeriksaan motosikal bagi cukai jalan tamat tempoh lebih tiga tahun.
Namun, menerusi cawangan baharu itu sebanyak 24 perkhidmatan disediakan.
Beliau berkata kos ubah suai pejabat cawangan JPJ Masjid Tanah berjumlah RM200,000 dibiayai Pejabat Pembangunan Negeri Melaka dan projek itu mula dilaksanakan pada 14 Ogos tahun ini dan siap sepenuhnya 28 Oktober. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.