KUALA LUMPUR: Masyarakat Malaysia berbilang agama menyambut tahun baru 2022 dengan mendoakan kesejahteraan negara serta menghormati mangsa banjir yang melanda beberapa negeri baru-baru ini.
Hal ini berikutan pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menyarankan agar sambutan tahun baru kali ini dibatalkan sebaliknya diganti dengan solat hajat dan doa selamat sebagai menghormati dan bersimpati dengan mangsa banjir.
Masyarakat Islam melakukan solat hajat selepas solat Maghrib di masjid terpilih di seluruh negara sementara masyarakat bukan Islam turut melakukan upacara berdoa di rumah ibadat masing-masing.
Di Putrajaya, Perdana Menteri menyertai lebih 500 jemaah di Masjid Putra untuk bersolat hajat dan berzikir bagi mendoakan kesejahteraan negara sempena tahun baru 2022.
Beliau tiba di Masjid Putra kira-kira 7.15 malam diiringi Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Idris Ahmad untuk menunaikan solat Maghrib diimamkan oleh Imam Besar Masjid Putra Salahuddin Ghozali diikuti solat hajat.
Ia disusuli bacaan zikir istighasah (memohon pertolongan) dan zikir munajat yang dipimpin selebriti Munif Ahmad dan bacaan doa Buatmu Malaysia oleh Ketua Pegawai Eksekutif Yadim Tuan Kamarul Arief Tuan Soh.
Turut serta ialah Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Tan Sri Mohd Khairul Adib Abd Rahman dan Ketua Polis Negara Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Di ibu negara, Gereja St. Mary’s Cathedral melakukan upacara sembahyang tahun baharu kali ini secara dalam talian berikutan penularan COVID-19 selain memudahkan penyertaan penganut agama Kristian seluruh negara.
Pegawai Tadbir gereja tersebut, Wong Yoke Ling berkata upacara tersebut dibuat di platform Zoom, bermula 11.30 malam semalam.
“Upacara tersebut diketuai oleh Dekan (Dean of St Mary’s Cathedral) Rev Dr Andrew Cheah,” katanya ketika dihubungi Bernama, semalam.
Selain itu, Gurdwara Sahib di ibu negara turut mengadakan upacara sembahyang menyambut tahun baharu bermula 6 petang hingga 12 malam semalam dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) COVID-19 dan dipantau Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Setiausahanya, Harpal Singh berkata pihaknya tidak dapat menjalankan upacara tersebut secara dalam talian berikutan kekangan tertentu di pusat ibadah itu.
“Upacara sembahyang ini adalah doa kesyukuran berakhirnya 2021 dan menyambut tahun baharu esok sekali gus mendoakan kesejahteraan semua rakyat negara diberi kesihatan yang baik. Doa ini untuk semua tanpa mengira agama penduduk Malaysia,” katanya. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests