Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MBPP NAFI TIDAK LULUSKAN PERMOHONAN PASANG BENDERA PALESTIN

DALAM NEGARA

MBPP NAFI TIDAK LULUSKAN PERMOHONAN PASANG BENDERA PALESTIN

BERNAMA

GEORGE TOWN: Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) menafikan tidak meluluskan permohonan pemasangan bendera Palestin sepanjang 15 meter (m) di Flat Jalan Sungai, malah pihaknya tiada halangan untuk menunjukkan tanda solidariti terhadap pergolakan yang berlaku kepada rakyat Palestin.

MBPP dalam kenyataan hari ini menjelaskan, pemasangan bendera Palestin di Flat Jalan Sungai itu, dibuat sebelum mendapat kelulusan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

“Permohonan dikemukakan kepada MBPP pada 11 Okt dan kelulusan telah dibuat pada 23 Okt, namun bendera Palestin tersebut telah digantung pada 14 Okt, yang mana ia digantung sebelum tarikh kelulusan dikeluarkan.

“Bendera tersebut digantung sebelum MBPP memberi maklum balas secara bertulis kepada pihak berkenaan melalui surat rasmi bertarikh 23 Okt dan tindakan menaikkan bendera tersebut tanpa mendapatkan kelulusan MBPP, dianggap sebagai melanggar garis panduan MBPP,” menurut kenyatan MBPP hari ini.

Kenyataan itu memaklumkan bahawa sebarang cadangan pemasangan peralatan atau pelaksanaan aktiviti di premis MBPP, perlu mendapatkan kelulusan mereka terlebih dahulu, namun atas keprihatinan MBPP, bendera itu masih digantung di situ, malah MBPP tiada halangan untuk menunjukkan tanda solidariti terhadap pergolakan yang berlaku kepada rakyat Palestin.

Pada Khamis, tular di aplikasi TikTok mengenai sepucuk surat MBPP, yang didakwa tidak meluluskan permohonan pihak Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) untuk menaikkan bendera Palestin di Flat Jalan Sungai di sini.

Sebelum ini, penduduk telah menaikkan bendera Palestin sepanjang 15 meter di flat tersebut, sebagai tanda soladariti kepada perjuangan rakyat Palestin.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading