Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LIMA LELAKI DITAHAN DIPERCAYAI MERUSUH DI KLUANG

DALAM NEGARA

LIMA LELAKI DITAHAN DIPERCAYAI MERUSUH DI KLUANG

KLUANG: Polis menahan lima lelaki warga tempatan dipercayai terlibat dalam insiden merusuh di sebuah kedai makan di Jalan Bunga Raya, Layang-Layang dekat sini pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kluang ACP Bahrin Mohd Noh berkata setelah menerima laporan berkaitan kejadian berkenaan pada 10.37 malam, gerakan mencari suspek dilakukan.

Beliau berkata kelima-lima lelaki berumur 18 hingga 20 tahun itu ditahan di lima lokasi berasingan di sekitar daerah itu dan Johor Bahru antara pukul 2 petang, Selasa hingga 1 pagi, Rabu lepas.

“Semakan rekod jenayah lampau mendapati dua suspek mempunyai rekod bersabit kes jenayah, manakala saringan ujian air kencing terhadap kesemua mereka didapati negatif.

“Mereka direman selama empat hari bermula Rabu dan kes disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara selama lima tahun atau denda atau kedua-duanya,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Bahrin berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh berhubung dengan balai polis berhampiran atau menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kluang melalui talian 07-778 4222 atau Hotline IPD Kluang, 07-776 6822.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading