ISTANBUL: Kira-kira 380 bayi baru lahir dan 4,600 wanita hamil yang hilang tempat tinggal di Semenanjung Gaza memerlukan rawatan perubatan, menurut Agensi Bantuan dan Kerja Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian Palestin di Asia Barat (UNRWA) pada Khamis.
Agensi PBB itu memaklumkan menerusi platform X bahawa pihaknya berupaya menyediakan rawatan selepas bersalin tetapi persekitaran di tempat perlindungan UNRWA tidak sesuai untuk bayi baru lahir.
Citing the UN Population Fund (UNFPA), UNRWA said there are 50,000 pregnant women in the Gaza Strip and more than 180 are giving birth every day.
Menurut Dana Penduduk PBB (UNFPA) terdapat sekitar 50,000 wanita hamil di Semenanjung Gaza dan lebih 180 bersalin setiap hari, lapor Agensi Anadolu.
Satu-Satunya Hospital Khas Untuk Kanak-Kanak Di Gaza Tidak Lagi Berfungsi
Hospital Kanak-Kanak Al-Rantisi di barat Gaza tidak lagi beroperasi pada Khamis selepas generatornya gagal berfungsi, menyebabkan nyawa 38 kanak-kanak Palestin yang menderita kegagalan buah pinggang di ambang bahaya.
“Seramai 38 kanak-kanak yang mengalami kegagalan buah pinggang tidak dapat menjalani dialisis selepas Hospital Al-Rantisi, berhenti beroperasi kerana kehabisan bahan api,” kata jurucakap bagi Kementerian Kesihatan di Semenanjung Gaza, Ashraf Al-Qudra.
Terdahulu pada Khamis, Al-Qudra mengumumkan semua perkhidmatan perubatan untuk kanak-kanak di hospital dan di Hospital Al-Nasr dihentikan kerana masalah yang sama.
Bagaimanapun, unit rawatan rapi dan taska yang bergantung kepada generator yang lebih kecil masih beroperasi.
Sebahagian Hospital Di Seluruh Gaza Hentikan Operasi
Awal minggu ini, Kementerian Kesihatan mengumumkan bahawa 18 daripada 35 hospital di seluruh Gaza tidak lagi beroperasi, manakala 71 peratus kemudahan penjagaan asas telah ditutup kerana kekurangan bahan api atau pengeboman Israel.
Dalam situasi ini, doktor terpaksa melakukan pembedahan tanpa bius terutama terhadap individu yang cedera dan wanita yang bersalin secara pembedahan.
Pada 24 Okt, Menteri Kesihatan Palestin Mai Alkaila mengumumkan sistem kesihatan di Semenanjung Gaza telah lumpuh.
“Bermakna mulai hari ini, semua yang cedera termasuk kanak-kanak, wanita dan warga emas tidak lagi mendapat rawatan manakala pesakit kanser tidak dapat dirawat atau menjalani sesi kemoterapi dan pesakit buah pinggang tidak dapat menjalani dialisis, sementara nyawa beratus-ratus bayi pramatang kini berada dalam bahaya,” katanya.
Angka Kematian Terus Meningkat
Sekurang-kurangnya 10,812 rakyat Palestin termasuk 4,412 kanak-kanak dan 2,918 wanita telah terbunuh manakala lebih 26,000 lagi cedera dalam serangan udara dan darat rejim Israel sejak 7 Okt.
Sementara itu, seramai 2,650 orang, termasuk 1,400 kanak-kanak dilaporkan terperangkap di bawah runtuhan, kata Al-Qudra.
“Pencerobohan Israel telah menyebabkan 195 pegawai perubatan maut dan 51 ambulans musnah,” katanya.
Selain angka korban yang tinggi dan mereka yang hilang tempat tinggal terus meningkat, bekalan asas juga semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza disebabkan pengepungan Israel.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.