Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

LANGKAH BAHAGI GAZA DUA BAHAGIAN TIDAK BOLEH DITERIMA

DUNIA

LANGKAH BAHAGI GAZA DUA BAHAGIAN TIDAK BOLEH DITERIMA

Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata sebarang langkah oleh tentera Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian tidak boleh diterima.

Mahmoud Abbas

GAZA: Presiden Palestin, Mahmoud Abbas, berkata sebarang langkah oleh tentera Israel untuk membahagikan Gaza kepada dua bahagian tidak boleh diterima.

Tegas beliau, wilayah terkepung itu adalah sebahagian dari Palestin.

Ketegasan disuarakan Mahmoud dalam dua panggilan telefon berasingan dengan Perdana Menteri Belanda, Mark Rutte dan Perdana Menteri Australia, Anthony Albanese, menurut agensi berita Palestin WAFA.

Dalam perbualan dengan Rutte, beliau berkata, kenyataan tentera Israel baru-baru ini bahawa tenteranya telah membahagikan Gaza kepada dua kerana ia mencapai ‘peringkat penting’ dalam peperangannya terhadap kumpulan Palestin Hamas adalah tidak boleh diterima.

Ujarnya, tiada penyelesaian politik atau keselamatan yang berasingan untuk Gaza kerana ia adalah bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari negara Palestin.

Sebelum ini, jurucakap tentera Israel, Laksamana Muda Daniel Hagari berkata, pada masa ini, terdapat Utara Gaza dan Selatan Gaza.

Mahmoud menekankan keperluan melaksanakan penyelesaian yang sah dari segi politik berdasarkan piawaian antarabangsa untuk kebebasan, kemerdekaan dan kedaulatan rakyat Palestin.

Ketika dihubungi Albanese, Mahmoud menekankan keperluan segera menghentikan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin.

Beliau menyatakan bahawa mereka adalah wakil rakyat Palestin yang sah dan hak untuk membuat keputusan nasional terletak pada Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading