Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MCMC PERIKSA PREMIS, SITA TELEFON BIMBIT DAN KAD SIM, SIASAT KANDUNGAN FACEBOOK BERUNSUR 3R

DALAM NEGARA

MCMC PERIKSA PREMIS, SITA TELEFON BIMBIT DAN KAD SIM, SIASAT KANDUNGAN FACEBOOK BERUNSUR 3R

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memeriksa premis milik seorang individu bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan ke atasnya dan menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim.

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah memeriksa premis milik seorang individu bagi mendapatkan keterangan lanjut berhubung siasatan yang sedang dijalankan ke atasnya dan menyita satu unit telefon bimbit serta kad sim.

Dalam kenyataan hari ini, MCMC memaklumkan sitaan itu bertujuan melengkapkan siasatan melibatkan kandungan yang dimuat naik melalui akaun Facebook individu berkenaan, yang dipercayai mengandungi elemen jelik melampau berunsur 3R (agama, kaum dan Institusi Diraja).

MCMC berkata siasatan dijalankan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (AKM 1998) yang memperuntukkan kesalahan berkaitan penyebaran kandungan lucah, sumbang, palsu, jelik melampau atau mengancam, dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiaya, mengugut atau mengganggu orang lain.

Pemeriksaan dilaksanakan selepas MCMC memperoleh waran geledah yang dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengikut peruntukan Seksyen 247 AKM 1998.

“Selain itu, sesi pemeliharaan data dan rakaman percakapan telah diadakan di Balai Polis Pudu pada 9 Mei lepas. Terdahulu, individu terbabit turut hadir ke Ibu Pejabat MCMC bagi memberikan keterangan berkaitan siasatan yang sedang dijalankan,” menurut kenyataan itu.

MCMC berkata tindakan yang dilaksanakan adalah berlandaskan peruntukan undang-undang yang termaktub di bawah AKM 1998, dan orang ramai dinasihatkan untuk memberikan ruang agar siasatan dapat dilengkapkan dengan telus dan menyeluruh. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading