JEMAAH HAJI PERLU AKTIFKAN KAD DEBIT-i TH SEBELUM BERANGKAT KE TANAH SUCI
Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan bakal jemaah haji Malaysia supaya mengaktifkan Kad Debit-i TH masing-masing sebelum berlepas ke Tanah Suci, bagi membolehkan mereka melakukan transaksi pengeluaran wang di sana.
Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan bakal jemaah haji Malaysia supaya mengaktifkan Kad Debit-i TH masing-masing sebelum berlepas ke Tanah Suci, bagi membolehkan mereka melakukan transaksi pengeluaran wang di sana. Pengarah Operasi Kewangan TH Shamsul Bahar Shamsudin berkata kad ini tidak akan berfungsi untuk transaksi di luar negara sekiranya tidak diaktifkan terlebih dahulu. — fotoBERNAMA
MAKKAH: Lembaga Tabung Haji (TH) menyarankan bakal jemaah haji Malaysia supaya mengaktifkan Kad Debit-i TH masing-masing sebelum berlepas ke Tanah Suci, bagi membolehkan mereka melakukan transaksi pengeluaran wang di sana.
Pengarah Operasi Kewangan TH Shamsul Bahar Shamsudin berkata kad ini tidak akan berfungsi untuk transaksi di luar negara sekiranya tidak diaktifkan terlebih dahulu.
“Setakat ini, banyak aduan diterima melibatkan kegagalan jemaah mengaktifkan kad mereka semasa masih berada di tanah air. Oleh itu, Bank Islam turut menyediakan kaunter khas di balai berlepas, Pusat Konvensyen Movenpick KLIA, Sepang bagi membantu jemaah melakukan pengaktifan kad sebelum berangkat,” katanya ketika ditemui media di sini.
Beliau turut memaklumkan bahawa kadar tukaran wang yang ditawarkan melalui kad itu adalah kompetitif dan tidak dikenakan sebarang caj transaksi.
“Caj transaksi luar negara yang kebiasaannya dikenakan oleh bank-bank tempatan di sini adalah sekitar 10 hingga 15 Riyal Saudi (RM11.50 hingga RM17.18) bagi setiap pengeluaran, namun caj ini akan ditanggung sepenuhnya oleh Bank Islam. Jadi, jemaah tidak perlu risau mengenai sebarang caj tambahan semasa membuat pengeluaran,” katanya.
Dalam pada itu, Shamsul berkata TH telah merekodkan sebanyak 374 kes berkaitan kad ATM dalam kalangan jemaah haji Malaysia setakat 7 Mei lepas, merangkumi pelbagai isu termasuk pengaktifan kad luar negara, kehilangan kad, kerosakan serta masalah nombor PIN.
“Bagi kes kehilangan kad ATM, jemaah perlu segera ke kaunter TH untuk membuat laporan. Kad lama akan ditamatkan serta-merta dan kad baharu akan dikeluarkan. Jemaah hanya perlu hadir ke kaunter bagi menjalani proses penggantian tersebut.
“Sekiranya kehilangan kad berlaku di luar waktu operasi, jemaah boleh memaklumkan perkara itu kepada petugas di maktab masing-masing bagi membolehkan bantuan diberikan walaupun di luar waktu pejabat,” katanya.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan para jemaah agar sentiasa menjaga kad ATM masing-masing sepanjang berada di Tanah Suci bagi mengelakkan kehilangan, kerosakan atau penyalahgunaan. —AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests