Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MCMC PERLU PANTAS TURUNKAN KANDUNGAN BERUNSUR AJARAN SESAT – MOHD NA’IM

DALAM NEGARA

MCMC PERLU PANTAS TURUNKAN KANDUNGAN BERUNSUR AJARAN SESAT – MOHD NA’IM

Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menempatkan seorang Kader atau Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membantu suruhanjaya itu memantau sebarang bentuk hantaran berkaitan ajaran sesat di media sosial.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menempatkan seorang Kader atau Pegawai Hal Ehwal Agama Islam di Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) bagi membantu suruhanjaya itu memantau sebarang bentuk hantaran berkaitan ajaran sesat di media sosial. –fotoBERNAMA

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) perlu menggunakan kuasanya untuk bertindak pantas menurunkan kandungan berunsur ajaran sesat yang difatwakan haram di media sosial, kata Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar 

“Masalahnya media sosial (cepat tular), semoga dengan adanya fatwa (haram) ini, MCMC bertindak cepat dengan kuasa yang ada untuk menurunkan cepat-cepat (kandungan berunsur ajaran sesat),” katanya kepada media di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas Majlis Peluncuran Majlis Hadis Sahih Al-Bukhari Peringkat Kebangsaan di Masjid Putra oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mohd Na’im berkata penempatan seorang kader atau pegawai hal ehwal agama Islam di MCMC oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan dilakukan selepas mesyuarat bersama suruhanjaya itu Isnin ini.

“Kader ini adalah pegawai pakar, sebelum ini jika berlaku benda (unsur ajaran sesat) MCMC akan datang ke Jakim dan ini akan melambatkan proses (menurunkan kandungan),” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading