DALAM NEGARA
DUA RUMAH DI KAMPUNG BARU MUSNAH DALAM KEBAKARAN – BOMBA
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, tengah malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, tengah malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

KUALA LUMPUR: Dua rumah musnah dalam kebakaran di Jalan Raja Uda, Kampung Baru, tengah malam tadi, namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.
Komander Operasi Timbalan Penguasa Bomba II Armdan Mahat berkata pihaknya menerima maklumat kejadian pada 12.08 tengah malam dan seramai 13 anggota bersama dua jentera Fire Rescue Tender, sebuah Light Fire Rescue Tender, satu tangki air serta Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) digegaskan ke lokasi.
Beliau berkata pasukan operasi melibatkan anggota daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Titiwangsa, BBP Jalan Hang Tuah dan BBP Jalan Tun Razak.
“Setibanya pasukan bomba di tempat kejadian didapati berlaku kebakaran melibatkan dua rumah tidak kekal dengan anggaran kemusnahan 100 peratus.
“Kejadian berkenaan tidak melibatkan mangsa manakala punca kebakaran dalam siasatan pihak forensik,” katanya dalam kenyataan. –AlHijrah Online
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Kerajaan memberi jaminan tarif air domestik tidak akan dinaikkan semata-mata untuk memenuhi keperluan pusat data, malah...
Belum reda kehilangan ayah, Syasya Nasuha diuji pula dengan kecederaan hingga terpaksa berkerusi roda menjelang SPM....
Lebih 2,000 calon SPM di Pahang berisiko terjejas banjir, dengan hampir 700 daripadanya berada di Kuantan...
Malaysia menjadi tumpuan keilmuan Islam antarabangsa apabila dua ulama tersohor dunia, Presiden Kesatuan Ulama Islam Sedunia...
Timbalan Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan Leftenan Kolonel (PA) Mohd Farid Ishak berkata keadaan...
We use cookies to improve your experience on our site. By using our site, you consent to cookies.
Manage your cookie preferences below:
Essential cookies enable basic functions and are necessary for the proper function of the website.
These cookies are needed for adding comments on this website.
Statistics cookies collect information anonymously. This information helps us understand how visitors use our website.
Google Analytics is a powerful tool that tracks and analyzes website traffic for informed marketing decisions.
Service URL: policies.google.com (opens in a new window)