TUNGGANG MOTOSIKAL SECARA SOLO KE MAKKAH UNTUK TUNAI UMRAH
Ekspedisi melalui jalan darat itu dijangka mengambil masa 95 hari dengan jarak sejauh lebih 18,000 kilometer merentasi 11 negara antaranya Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Kuwait dan Arab Saudi.
Zulkepli Mo’minin (kiri) ketika tiba di Phetchaburi, Thailand. Sumber gambar: Facebook Gombak ke Mekah 2023
KUALA LUMPUR: Walaupun laluan udara sering menjadi pilihan umat Islam untuk ke Makkah, cara itu berbeza dengan Zulkepli Mo’minin, 55, yang tekad bermotosikal secara solo ke Tanah Suci bagi mengerjakan umrah.
Ekspedisi melalui jalan darat itu dijangka mengambil masa 95 hari dengan jarak sejauh lebih 18,000 kilometer merentasi 11 negara antaranya Thailand, Laos, China, Kazakhstan, Uzbekistan, Turkmenistan, Iran, Kuwait dan Arab Saudi.
Zulkepli telah memulakan perjalanan solo itu sejak 8 Julai lepas dari Gombak, Selangor dan kini beliau telah sampai di Segi Tiga Emas, utara Thailand.
Menurut bapa kepada lima orang anak itu beliau memilih ke Makkah dengan bermotosikal secara solo kerana ingin meneroka keindahan negara luar melalui setiap kawasan yang dilalui selain memberi peluang kepadanya untuk menginsafi kebesaran ciptaan Tuhan.
“Mengembara secara solo sudah menjadi minat saya sejak dari sekolah lagi. Untuk kali ini, daripada saya mengembara ke merata tempat tanpa tujuan, baik saya mencabar diri pergi ke Makkah, kota paling suci bagi umat Islam.
“Melalui permusafiran jalan darat ini jugalah saya berpeluang merasai jerih payah perjuangan orang-orang terdahulu yang bertebaran ke seluruh alam dalam menyebarkan agama Islam,” katanya ketika dihubungi Bernama.
Pada kembara kali ini, Zulkepli menggunakan motosikal jenis Yamaha FZ150 miliknya yang telah berusia 10 tahun dengan beberapa modifikasi telah dilakukan termasuk menaik taraf enjin baharu sesuai dengan perjalanan jarak jauh.
Selain itu, motosikal yang ditunggang Zulkepli juga membawa bebanan bersama yang dianggarkan sebanyak 70 kilogram antaranya alat ganti motosikal, khemah, baju sejuk, makanan dan kit kecemasan.
Zulkepli yang juga pengusaha tasbih berkata beliau menggunakan sebanyak RM70,000 hasil wang simpanannya untuk merealisasikan impiannya itu selain turut menerima sumbangan daripada orang ramai.
“Kos paling mahal adalah untuk merentasi China selama 16 hari iaitu berbelas ribu kerana setiap pengembara yang membawa kenderaan ke negara itu perlu membayar kos pemandu pelancong yang akan menemani sepanjang perjalanan,” katanya.
Ditanya bagaimana pemilihan laluan dilakukan, Zulkepli berkata beliau membuat persediaan sejak dua tahun setengah lepas termasuk banyak membuat rujukan dengan pengembara motosikal terdahulu dan menonton di YouTube ekspedisi sama yang pernah dilakukan sebelum ini.
Orang ramai yang berminat mengikuti perkembangan kembara unik Zulkepli boleh layari Facebook rasminya, ‘Gombak ke Makkah 2023’ atau di TikTok ‘jiwakembara125’ yang dikemas kini dari semasa ke semasa. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked