Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MELAKA TARIK BALIK GELARAN DATUK CEO GISBH

DALAM NEGARA

MELAKA TARIK BALIK GELARAN DATUK CEO GISBH

MELAKA: Melaka hari ini mengumumkan menarik balik Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Nasiruddin Mohd Ali pada 25 Ogos lepas, berkuat kuasa serta-merta.

Gambar fail Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Datuk Nasiruddin Mohd Ali (tengah). — Bernama

MELAKA: Melaka hari ini mengumumkan menarik balik Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk yang dianugerahkan kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) GISB Holdings Sdn Bhd (GISBH) Nasiruddin Mohd Ali pada 25 Ogos lepas, berkuat kuasa serta-merta.

Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka Datuk Azhar Arshad dalam satu kenyataan memaklumkan tindakan itu diambil oleh Yang Dipertua Negeri Melaka Tun Mohd Ali Rustam selepas mendapat nasihat daripada Ketua Menteri Datuk Seri Ab Rauf Yusoh.

“Sehubungan itu, nama Nasiruddin telah dikeluarkan daripada Senarai Penganugerahan Darjah, Tauliah, Bintang dan Pingat Kebesaran Negeri Melaka tahun 2024. 

“Penarikan balik Darjah Kebesaran ini selaras dengan kuasa prerogatif Tuan Yang Terutama Yang Dipertua Negeri Melaka dalam Perkara 34B, Bahagian IV, Perlembagaan Negeri Melaka,” katanya.

Justeru, Azhar berkata Nasiruddin tidak dibenarkan mengguna pakai gelaran berkenaan dan dikehendaki memulangkan semula darjah kebesaran kepada Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka di Kompleks Seri Negeri, Ayer Keroh.

Pada 14 Okt lepas, Mufti Melaka Datuk Abdul Halim Tawil dilaporkan berkata Jawatankuasa Fatwa Melaka yang bermesyuarat pada 3 Okt, memfatwakan ajaran dan amalan dalam GISBH adalah sesat.

Beliau dipetik sebagai berkata ajaran dan amalan dalam GISBH ada ciri persamaan dengan elemen berkaitan ajaran Al-Arqam yang difatwakan haram pada 1994 dan Syarikat Rufaqa’ Corporation Sdn Bhd (SRC) (difatwakan haram pada 2007). — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading