KONTENA HEMPAP KERETA: PEMANDU TRELER DIHADAP KE MAHKAMAH
Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, minggu lepas.
Pemandu treler, Marhizan Johari, 51, (kiri) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, minggu lepas. -BERNAMA
BUKIT MERTAJAM: Seorang pemandu treler mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Pulau Pinang, hari ini atas pertuduhan memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian seorang wanita, minggu lepas.
Marhizan Johari, 51, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Mohd Harith Mohd Mazlan.
Mengikut kertas pertuduhan, Marhizan sebagai pemandu treler jenis Volvo telah memandu dengan cara berbahaya kepada orang awam sehingga menyebabkan kematian seorang pemandu wanita, Lee Zi Rou, 21, di Jalan Kebun Sireh di sini, pada 9.30 pagi, 13 Nov lepas.
Dia dituduh mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987, yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada lima tahun dan tidak lebih daripada 10 tahun dan denda tidak kurang daripada RM20,000 dan tidak lebih daripada RM50,000, jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya Zulfadzly Hassan tidak menawarkan jaminan terhadap Marhizan mengambil kira kepentingan awam memandangkan kes berkenaan mendapat liputan meluas terutamanya menerusi media sosial.
“Selain itu, tertuduh juga tidak menunjukkan sebarang rasa bersalah dan penyesalan apabila menunjukkan isyarat ‘peace’ ke arah petugas media yang mengambil gambarnya (ketika permohonan reman),” katanya.
Mahkamah kemudian tidak membenarkan tertuduh yang tidak diwakili peguam diikat jamin dan menetapkan 24 Jan depan bagi penyerahan laporan kimia, bedah siasat serta laporan Pusat Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
Terdahulu, Bernama melaporkan seorang wanita maut manakala seorang lelaki cedera parah selepas kereta dipandu mereka dihempap kontena yang terjatuh dari treler dalam kemalangan membabitkan lima kenderaan di Jalan Bukit Tengah, 13 Nov lepas.
Mangsa yang maut, Lee Zi Rou, 21, memandu kereta Perodua Bezza manakala Tan Chou Theng, 25, yang cedera parah merupakan pemandu Honda Jazz. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.