MESIR MULA TERIMA RAKYAT PALESTIN YANG SAKIT DAN CEDERA DARI GAZA MELALUI SEMPADAN RAFAH
Kumpulan pertama rakyat Palestin yang sakit dan cedera menyeberang dari Semenanjung Gaza ke Mesir pada Isnin, menandakan satu langkah penting dalam fasa kedua gencatan senjata Gaza, lapor Xinhua.
KAHERAH: Kumpulan pertama rakyat Palestin yang sakit dan cedera menyeberang dari Semenanjung Gaza ke Mesir pada Isnin, menandakan satu langkah penting dalam fasa kedua gencatan senjata Gaza, lapor Xinhua.
Sumber Palestin mengesahkan lima pesakit, diiringi 10 ahli keluarga atau penjaga dibawa dari selatan Gaza ke Mesir untuk menerima rawatan perubatan.
Walaupun perjanjian itu membenarkan pergerakan dua hala, setakat ini belum ada rakyat Palestin yang kembali memasuki wilayah Gaza dari bahagian Mesir.
Rakaman yang tular di media sosial menunjukkan konvoi ambulans berwarna kuning membawa pesakit menyeberangi sempadan.
Saluran berita berkaitan Kerajaan Mesir, Al-Qahera News, yang memetik pegawai kerajaan, mengesahkan pemindahan itu dan berkata pihak berkuasa memuktamadkan persiapan logistik bagi memastikan “perjalanan yang lancar.”
Hospital di El Arish, yang terletak di Sinai Utara Mesir diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga yang tinggi, dengan pasukan perubatan, unit rawatan rapi dan bilik pembedahan bersiap sedia untuk menerima pesakit yang dipindahkan.
Pergerakan itu menyusuli pembukaan semula sebahagian pintu sempadan Rafah, satu-satunya pintu keluar Gaza ke dunia luar yang tidak dikawal oleh Israel.
Terminal itu sebahagian besarnya ditutup sejak tentera Israel menguasai bahagian Palestin di sempadan itu pada Mei 2024, satu tindakan yang memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang dihadapi oleh 2.3 juta penduduk Gaza.
Pintu sempadan itu dibuka semula secara percubaan pada Ahad sebelum operasi diperluaskan pada Isnin mengikut syarat yang ditetapkan bagi fasa kedua gencatan senjata Gaza yang diusahakan oleh Amerika Syarikat (AS).
Di bawah pengaturan semasa, kira-kira 150 rakyat Palestin dibenarkan keluar dari Gaza setiap hari, manakala sehingga 50 rakyat Palestin dibenarkan memasuki wilayah itu dari Mesir.
Pembukaan semula pintu sempadan itu dilihat sebagai petunjuk penting terhadap kestabilan gencatan senjata itu.
Pengantara berharap akses yang diperbaharui ini akan memudahkan penyaluran bantuan kemanusiaan yang lebih meluas serta memberikan kelegaan kepada penduduk selepas lebih 18 bulan hampir terputus hubungan dengan dunia luar.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests