POLIS REMAN SUSPEK KES BUNUH EKSEKUTIF OPERASI BANK DI ALOR SETAR
Polis mereman seorang lelaki berusia 28 tahun yang merupakan suspek utama kes penemuan mayat seorang wanita dengan kesan tikaman disyaki dibunuh di sebuah rumah di Jalan Tanjung Bendahara di Alor Setar, semalam.
ALOR SETAR: Polis mereman seorang lelaki berusia 28 tahun yang merupakan suspek utama kes penemuan mayat seorang wanita dengan kesan tikaman disyaki dibunuh di sebuah rumah di Jalan Tanjung Bendahara di sini, semalam.
Perintah reman tujuh hari bermula hari ini dikeluarkan oleh Majistret Nur Syifa Mohd Hamzah bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Ketua Polis Daerah Kota Setar ACP Syed Basri Syed Ali dalam kenyataan hari ini berkata suspek ditahan pada 8.34 malam tadi oleh pasukan daripada Jabatan Siasatan Jenayah Kontinjen Kedah dengan kerjasama Bahagian Siasatan Jenayah Ibupejabat Polis Daerah Kota Setar.
“Suspek berjaya ditahan dalam tempoh kurang 24 jam selepas kejadian bagi membantu siasatan kes bunuh seorang wanita berusia 52 tahun yang berlaku di sebuah kawasan perumahan di sini.
“Suspek ditahan ketika sedang menaiki sebuah bas persiaran di Kilometer 441.5 Lebuh Raya Utara Selatan (PLUS) arah selatan,” katanya.
Syed Basri berkata hasil semakan mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau berkaitan kesalahan jenayah, manakala ujian saringan awal air kencing didapati negatif.
Dalam kejadian pagi semalam, Zahrullail Basir, 52, ditemukan maut dengan tiga kesan tikaman pada bahagian badan termasuk perut serta kesan luka pada kepala dan tapak tangan, di sebuah rumah di Taman Sultan Abdul Halim, Jalan Tanjung Bendahara di sini.
Mangsa yang merupakan eksekutif operasi sebuah bank, tinggal bersama tiga anaknya dan siasatan awal mendapati beg tangan mengandungi telefon bimbit, wang tunai dan barang kemas telah hilang.
Dalam pada itu, Syed Basri berkata kerjasama orang ramai amat dihargai bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar dan berkesan.
“Tindakan tegas boleh diambil terhadap mana-mana individu yang menyebarkan maklumat palsu atau tidak benar dan mereka boleh disiasat di bawah peruntukan undang-undang yang berkaitan serta dikenakan hukuman sewajarnya,” katanya.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests