AHMAD ZAHID MOHON BEBAS 47 PERTUDUHAN BERKAITAN DANA YAYASAN AKALBUDI
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memohon untuk dilepas dan dibebaskan daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik yang mewakili Ahmad Zahid berkata permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Tinggi pada 28 Jan lepas dengan menamakan Pendakwa Raya sebagai responden.
“Pihak kami membuat permohonan itu atas alasan Jabatan Peguam Negara (AGC) dalam kenyataan media pada 8 Jan lepas telah memutuskan bahawa tiada tindakan lanjut (NFA) terhadap 47 pertuduhan tersebut membabitkan anak guam (Ahmad Zahid).
“Anak guam telah dilepas tanpa dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi lebih dua tahun. Jadi tak adil untuk seseorang, pertuduhan itu sentiasa tergantung atas kepala beliau. Beliau perlu mencari kebenaran,” kata peguam itu selepas prosiding kes berkenaan di hadapan Hakim Nurulhuda Nur’aini Mohamad Nor, di sini hari ini.
Hisyam berkata pihaknya telah mengemukakan permohonan itu bersama sijil perakuan segera kepada AGC pada 30 Jan lepas dan mahkamah menetapkan pendengaran permohonan itu pada 24 Feb ini.
Pada prosiding hari ini, Timbalan Ketua Bahagian Pendakwaan II Datuk Badius Zaman Ahmad memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya memohon supaya pendengaran permohonan hari ini ditangguhkan kerana pihaknya baru menerima permohonan itu pada Jumaat lepas.
“Jadi pihak kami mohon penangguhan kerana perlu memfailkan afidavit jawapan terlebih dahulu,” katanya dan pihak peguam tidak membantah perkara berkenaan.
Hakim Nurulhuda Nur’aini kemudian membenarkan prosiding pendengaran ditangguhkan serta memerintahkan pihak pendakwaan memfailkan afidavit jawapan pada 13 Feb ini, dan menetapkan 24 Feb sebagai tarikh pendengaran.
Difahamkan, Ahmad Zahid akan hadir pada prosiding pendengaran itu.
Pada 8 Jan lepas, AGC dalam kenyataan media memaklumkan, tiada tindakan lanjut terhadap 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi yang dihadapi Ahmad Zahid, selepas meneliti keseluruhan bahan dan keterangan baharu.
Pada 12 Jan lepas, Peguam Negara Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar menegaskan keputusan untuk mengklasifikasikan kes Ahmad Zahid sebagai tiada tindakan lanjut dibuat hanya selepas pihak pendakwaan mengkaji dengan teliti enam representasi yang dikemukakan oleh Presiden UMNO itu.
Mohd Dusuki berkata keputusan oleh AGC itu tidak dibuat secara ‘suka-suka’ dan jabatan itu tidak akan memberikan ‘No Further Action’ tanpa penilaian menyeluruh terhadap fakta, bukti dan merit undang-undang sesuatu kes.
Pada 4 Sept 2023, Mahkamah Tinggi di sini melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah yang kini Hakim Mahkamah Persekutuan, membuat keputusan itu selepas pendakwaan memaklumkan AGC ingin memberhentikan prosiding terhadap Ahmad Zahid.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked