Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MESIR NAMAKAN 16 GABENOR BAHARU MENJELANG ROMBAKAN KABINET

DUNIA

MESIR NAMAKAN 16 GABENOR BAHARU MENJELANG ROMBAKAN KABINET

KAHERAH: Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi pada Rabu melantik 16 gabenor baharu menjelang rombakan menteri kabinet yang dijangka berlaku, lapor agensi berita China Xinhua memetik laporan stesen penyiar rasmi Nile TV.

Akhbar rasmi Ahram pula melaporkan bahawa 11 daripada 16 gabenor baharu itu memegang jawatan kanan dalam pasukan keselamatan atau tentera sebelum pelantikan mereka.

Ketua Keselamatan Giza Mohamed el-Sherif telah dilantik sebagai gabenor bandar pesisir Alexandria.

Selain itu, 23 timbalan untuk 13 gabenor yang dilantik kebanyakannya adalah graduan program belia presiden dan sebuah akademi negara baharu bagi latihan belia.

Mereka termasuk timbalan yang dilantik bagi gabenor Alexandria, Giza dan Sinai Selatan.

Media tempatan menjangkakan rombakan kabinet itu bakal membabitkan kira-kira 10 menteri termasuk kesihatan, bekalan dan pendidikan. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading