Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

TH CATAT UNTUNG BERSIH RM500 JUTA BAGI SUKU KETIGA

DALAM NEGARA

TH CATAT UNTUNG BERSIH RM500 JUTA BAGI SUKU KETIGA

KUALA LUMPUR: Lembaga Tabung Haji (TH) mencatatkan keuntungan bersih berjumlah RM500 juta bagi suku ketiga tahun ini, menjadikan keuntungan bagi tempoh sembilan bulan pertama meningkat kepada RM1.3 bilion.

Dalam kenyataan hari ini, TH berkata pencapaian positif yang direkodkan itu dipacu menerusi langkah berterusan penjimatan kos pengurusan dan pentadbiran.

TH turut merekodkan pendapatan berjumlah RM900 juta pada suku yang sama, menjadikan pendapatan bagi tempoh sembilan bulan pertama 2019 melonjak kepada RM2.1 bilion.

Prestasi pendapatan itu dijana terutama daripada pelaburan aset pendapatan tetap (RM1.1 bilion), pelaburan hartanah (RM400 juta), pelaburan ekuiti (RM300 juta) serta pelaburan instrumen pasaran wang Islam (RM300 juta), menurutnya.

TH berkata pada 30 Sept, 2019 kedudukan kewangan institusi ini kekal kukuh dengan jumlah aset melebihi jumlah liabiliti sebanyak RM2.3 bilion dengan RM73.4 bilion adalah jumlah aset manakala liabiliti sebanyak RM71.1 bilion.

“Lebihan aset tersebut didokong oleh rizab penyamaan hibah berjumlah RM400 juta dan keuntungan terkumpul berjumlah RM2.0 bilion yang boleh diagihkan,” menurut TH.

TH berkata perubahan strategi pelaburan kepada aset pelaburan yang lebih stabil berjaya mengurangkan tekanan daripada keadaan pasaran ekuiti yang tidak menentu akibat ketegangan perang perdagangan di peringkat global.

“Kepercayaan dan sokongan para pendeposit kepada TH sebagai sebuah institusi yang membantu umat Islam menyimpan dan melaksanakan ibadah haji kekal utuh dengan jumlah simpanan pendeposit berada pada paras RM70 bilion pada 30 Sep, 2019.

“Sepanjang tiga bulan dalam suku ketiga 2019, lebih 87,000 akaun simpanan baharu telah dibuka, seterusnya meningkatkan jumlah keseluruhan pendeposit TH kepada 9.43 juta,” katanya. — BERNAMA


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading