Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MKI BINCANG ISU PENGHINAAN AGAMA ISLAM, MASJID DIJADIKAN PPV

DALAM NEGARA

MKI BINCANG ISU PENGHINAAN AGAMA ISLAM, MASJID DIJADIKAN PPV

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Jawatankuasa Muzakarah Khas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia (MKI) hari ini membincangkan tentang prosedur operasi standard (SOP) ibadah korban, solat sunat Hari Raya Aidiladha serta Solat Jumaat.

Perkara lain yang turut dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk usul masjid sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) serta isu-isu penghinaan agama Islam.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkilfi Mohamad Al-Bakri berkata, mesyuarat tersebut melibatkan para Ashabus Samahah Mufti-Mufti, Ahli Dilantik Majlis Raja-Raja, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dan wakil Majlis Keselamatan Negara.

“Muzakarah yang berlangsung secara dalam talian ini antaranya membincangkan tentang SOP Ibadah Korban, Solat Sunat Hari Raya Aidiladha dan Solat Jumaat, usul masjid sebagai PPV dan isu-isu penghinaan agama Islam.

“Resolusi akan disembah maklum kepada Majlis Raja-Raja dan akan dibawa kepada Pihak Berkuasa Negeri untuk pertimbangan dan keputusan di peringkat negeri masing-masing,” menerusi hantaran di laman Facebook beliau.

Dalam masa yang sama, Zulkifli memohon para mufti mendoakan agar rantaian wabak COVID-19 dapat diputuskan di Malaysia serta rakyat dalam menjalani kehidupan beragama yang lebih sempurna.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading