Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

PEJABAT TUN ABDULLAH NAFI BEKAS PERDANA MENTERI ITU MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

PEJABAT TUN ABDULLAH NAFI BEKAS PERDANA MENTERI ITU MENINGGAL DUNIA

KUALA LUMPUR: Pejabat Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menafikan maklumat yang mendakwa bekas Perdana Menteri kelima itu meninggal dunia pagi tadi.

Menurut kenyataan dikeluarkan pejabat itu, Tun Abdullah berada dalam keadaan sihat walafiat di samping keluarga.

“Pejabat akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang menyebarkan berita palsu.

“Pihak pengurusan berharap masyarakat dapat memastikan dahulu kesahihan daripada pihak yang berautoriti sebelum menyebarkan apa-apa berita bagi mengelakkan kekeliruan,” dalam kenyataan tersebut.

Sebelum ini, tular di media sosial berkenaan dakwaan Tun Abdullah meninggal dunia pagi tadi.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading