Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MRSM GANTUNG PELAJAR BULI SERTA MERTA, CADANG UNTUK DITAMATKAN PENGAJIAN

DALAM NEGARA

MRSM GANTUNG PELAJAR BULI SERTA MERTA, CADANG UNTUK DITAMATKAN PENGAJIAN

PADANG TERAP: Enam pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) yang dikenal pasti terlibat dalam kes buli, digantung persekolahan serta merta selama dua minggu.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid, berkata Jawatankuasa Disiplin Maktab (JDM) turut mencadangkan pelajar terbabit ditamat pengajian mereka dari institusi itu.

“JDM telah lakukan soal siasat dengan pelajar yang dipukul dan telah berjumpa dengan sepuluh orang pelajar tersebut.

“Dalam laporan itu, disebutkan enam orang pelajar yang memukul dan empat orang pelajar yang turut berada di situ untuk bersubahat ataupun membuat provokasi pelajar ini terdiri daripada pelajar tingkatan 1 hingga ke pelajar tingkatan 3,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Majlis Perasmian Mesyuarat Perwakilan Wanita Umno Bahagian Padang Terap, hari ini.

Tegas Mahdzir, MARA mengambil serius kejadian buli membabitkan pelajar di institusi pendidikan di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar itu dan tindakan sewajarnya perlu untuk memberi peringatan serta pengajaran.

Ditanya mengenai siasatan pihak polis terhadap kes berkenaan, Mahdzir berkata, pihaknya tidak mencampuri urusan siasatan dan menyerahkan kepada pihak polis berdasarkan siasatan luaran.

Jelas beliau, MARA mengambil tindakan penggantungan itu berdasarkan siasatan dalaman dan mengikut peruntukan hukuman yang telah ditetapkan JDM.

“Malang bagi MRSM yang mempunyai pelajar-pelajar yang pandai, pelajar-pelajar yang terpilih dan dibuat temuduga saringan dan tapisan untuk masuk ke sini, tetapi dalam banyak-banyak yang terpilih tu ada lagi yang membuli seperti ini, saya amat kecewa,” katanya. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading