MARANG: Sepasang suami isteri warga emas di Kampung Batangan, Marang berdepan ujian getir sepanjang menjaga anak-anaknya yang merupakan orang kurang upaya (OKU).
Bagi pasangani ini, Wan Idris Musa, 67, dan Senanim Omar, 68, ujian itu bukanlah calang-calang kerana bukan hanya seorang malah tiga daripada empat orang anaknya dilahirkan sebagai anak istimewa.
Ujar Wan Idris, anaknya Wan Nurul Izzati Wan Idris, 34, dan Wan Zulaikhar Wan Idris, 38, mengalami penyakit saraf sejak kecil manakala Wan Mat Zaki, 32, mengalami masalah mental ketika berusia 15 tahun.
Lebih membimbangkan anaknya Wan Mat Zaki, juga akan bertindak agresif jika tidak dipantau dan diberikan ubat mengikut waktu yang ditetapkan.
Meskipun tulang empat keratnya tidak sekuat mana, namun dia tetap tabah dan tidak pernah merungut kerana bagi mereka anak-anak tersebut merupakan anugerah tuhan.
“Mandi, buang air kecil dan besar mereka kita kena uruskan, makan kena disuapkan.
“Lepas tu anak lelaki tu, dia sakit mental jadi kena jaga dia juga, sebab dia agak agresif, boleh lepaskan sekejap sahaja tapi kena pantau selalu,” katanya.
Wan Idris Musa
Katanya lagi, Wan Zulaikhar dan Wan Nurul Izzati pula perlu diangkat jika ingin membersihkan diri kerana mereka tidak mampu bergerak.
Tambahnya, dia tidak dapat bekerja kerana perlu menjaga kesemua anak-anaknya memandangkan isterinya tidak berupaya menguruskan mereka bersendirian.
Kini, keluarga itu hanya bergantung kepada bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) keseluruhan sebanyak RM1300 sebulan namun ia masih tidak mencukupi bagi menampung perbelanjaan mereka.
Sementara itu, Abdul Rahman Abdullah, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Batangan berkata, pihaknya akan memantau perkembangan bantuan Tabung Darul Iman untuk keluarga berkenaan.
Abdul Rahman Abdullah
Ujarnya, sebelum ini pihak Pusat Khidmat Masyarakat Adun Rhu Rendang juga menyalurkan bantuan seperti lampin pakai buang dan barangan keperluan asas sebelum sesuatu bantuan diluluskan kepada keluarga berkenaan.
Bagi mereka yang ingin membantu Wan Idris Musa bolehlah menyumbang ke akaun bank CIMB miliknya bernombor 70-4899219-2 atau hubunginya di talian 011-70307303. –AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked
30 seconds
_ga_
ID used to identify users
2 years
_gid
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager