Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUSHAF AL-HUFFAZ BANTU GOLONGAN HAFIZ MENGHAFAL DENGAN SISTEMATIK

DALAM NEGARA

MUSHAF AL-HUFFAZ BANTU GOLONGAN HAFIZ MENGHAFAL DENGAN SISTEMATIK

PUTRAJAYA: Penerbitan Al-Quran Mushaf al-Huffaz oleh Yayasan Restu bakal membantu golongan hafiz atau huffaz menghafal ayat-ayat suci itu dengan lebih sistematik dan mudah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (dua, kiri) melancarkan Pelaksanaan Mushaf Al-Huffaz pada Majlis Perasmian Program Wakaf Al-Quran Peringkat Kebangsaan 2024 di Kompleks Nasyrul Quran pada Jumaat. – Bernama

PUTRAJAYA: Penerbitan Al-Quran Mushaf al-Huffaz oleh Yayasan Restu bakal membantu golongan hafiz atau huffaz menghafal ayat-ayat suci itu dengan lebih sistematik dan mudah, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi. 

Berucap ketika melancarkan penerbitan Mushaf al-Huffaz di Kompleks Nasyrul Quran di sini pada Jumaat, Ahmad Zahid berkata penerbitan itu akan memberi manfaat kepada kira-kira 300,000 pelajar maahad tahfiz di negara ini.

Beliau yang juga Pengerusi Yayasan Al-Falah akan membeli 50,000 naskah mushaf itu untuk diedarkan ke maahad tahfiz di seluruh negara.

“Jadi insya-Allah, pertengahan bulan Ramadan ini akan terbit dan diedarkan Mushaf al-Huffaz di seluruh maahad tahfiz…pelajar huffaz akan dimudahkan untuk mengingati ayat (al-Quran),” katanya.

Mushaf al-Huffaz menggabungkan beberapa kaedah hafazan serta ulangan, bertepatan dengan tujuan penerbitannya iaitu untuk membantu memudahkan proses hafazan dan ulangan ayat al-Quran yang telah dihafaz.

Sementara itu, Ahmad Zahid berkata masyarakat Islam digalakkan untuk mewakafkan al-Quran dalam usaha pembudayaan kitab suci itu.

“Eloklah persiapan kita untuk wakaf al-Quran dan juga Mushaf al-Huffaz dimulakan sekarang dengan tujuan mewujudkan kesedaran awam. Allah tidak akan memiskinkan mana-mana orang mewakaf, menderma atau infaq,” katanya.

Yayasan Restu terkenal dengan penghasilan mushaf al-Quran dan penerbitan berkaitan al-Quran dengan reka bentuk eksklusif. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading