Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MUSIM TENGKUJUH: 186 KAWASAN BERISIKO KEPALA AIR SELURUH NEGARA DITUTUP MULAI NOVEMBER

DALAM NEGARA

MUSIM TENGKUJUH: 186 KAWASAN BERISIKO KEPALA AIR SELURUH NEGARA DITUTUP MULAI NOVEMBER

Lokasi yang berisiko itu akan ditutup termasuk Gunung Stong di Kuala Krai dan Jeram Linang di Pasir Puteh.

Gambar hiasan (BERNAMA)

KOTA BHARU: Sebanyak 186 kawasan berisiko kepala air di seluruh negara akan ditutup bermula November hingga Januari tahun depan, kata Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata Jabatan Mineral dan Geosains juga telah memberi amaran kepada penduduk setempat supaya tidak melakukan sebarang aktiviti pada musim tengkujuh di kawasan rekreasi yang berisiko berlakunya kepala air.

“Saya dimaklumkan, peristiwa kepala air akan berlaku dalam tempoh 30 tahun sekali seperti kejadian di Baling, Kedah.

“Lokasi yang berisiko itu akan ditutup termasuk Gunung Stong di Kuala Krai dan Jeram Linang di Pasir Puteh,” katanya.

Menteri Tenaga dan Sumber Asli Datuk Seri Takiyuddin Hassan (kiri) bersalaman bersama peserta sewaktu hadir pada perasmian Program Seminar Pemerkasaan Eko pelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan semalam. — fotoBERNAMA

Takiyuddin berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Seminar Pemerkasaan Ekopelancongan Sumber Asli di Pantai Cahaya Bulan di sini yang turut dihadiri Timbalan Ketua Setiausaha (Sumber Asli) Kementerian Tenaga dan Sumber Asli Abdul Wahid Abu Salim.

Semalam, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata pihaknya telah mengenal pasti sebanyak 5,500 lokasi ‘hotspot’ banjir di seluruh negara termasuk 186 kawasan berisiko kepala air. –AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading