Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

ISRAEL TERDESAK, PERTAMA KALI PINTAS FLOTILA WAKTU SIANG

DUNIA

ISRAEL TERDESAK, PERTAMA KALI PINTAS FLOTILA WAKTU SIANG

Global Sumud Flotilla (GSF) mendakwa tentera Israel semakin terdesak apabila memintas kapal flotila pada waktu siang di perairan antarabangsa hari ini.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sebelum ini menjangkakan kapal-kapal flotila akan dipintas berhampiran perairan Greece berdasarkan pengalaman terdahulu.

SEPANG: Global Sumud Flotilla (GSF) mendakwa tentera Israel semakin terdesak apabila memintas kapal flotila pada waktu siang di perairan antarabangsa hari ini.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Dr Ahmad Sani Abdul Alim Araby berkata, pihaknya sebelum ini menjangkakan kapal-kapal flotila akan dipintas berhampiran perairan Greece berdasarkan pengalaman terdahulu.

“Untuk pertama kali dalam Sumud Nusantara dan juga Global Sumud Flotilla, kapal-kapal kami dipintas pada waktu siang. Kami menjangkakan ia berlaku pada waktu malam tetapi mereka hadir dengan bot yang banyak,” katanya pada Sidang Media Tergempar Perkembangan Terkini Misi GSF 2026 hari ini.

Tambahnya, kapal-kapal yang masih belum dipintas dijangka akan terus belayar sedekat mungkin ke perairan Gaza manakala kapal yang sudah ditahan berdepan kemungkinan dinaiki tentera Israel sebelum dibawa ke kapal tahanan.

Operasi pemintasan dipercayai bermula sekitar jam 3 petang waktu Malaysia kira-kira tengah hari waktu tempatan dan sehingga kini masih belum selesai.

Sehubungan itu, beliau menggesa masyarakat dunia mengikuti perkembangan misi ini bagi menyaksikan sendiri situasi yang berlaku.

“Kita mohon seluruh masyarakat dunia melihat sendiri bagaimana proses ini berlaku dan bagaimana tentera penjajah mencabuli perkara yang dibenarkan di bawah undang-undang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu,” katanya.

Dalam perkembangan sama, beliau memaklumkan bahawa SNCC telah menghubungi kerajaan Malaysia termasuk Perdana Menteri serta Wisma Putra bagi memohon tindakan diplomatik segera.

Terdahulu, sekitar 100 aktivis dilaporkan ditahan selepas pihak Israel memintas kapal misi GSF 2026 yang sedang belayar menuju ke Gaza.

Antara peserta Malaysia yang diculik ialah Zainal Rashid Ahmad, Patmanathan Sivasamy dan Muhamad Muhsin Zaidi. — AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Dari masyarakat, untuk masyarakat

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading