Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

MYA EDARAN MAHU JADI PENGELUAR BERAS TERKEMUKA NEGARA

ADVERTORIAL

MYA EDARAN MAHU JADI PENGELUAR BERAS TERKEMUKA NEGARA

KUALA LUMPUR: Kejayaan ahli keluarga dalam bidang keusahawanan menjadi inspirasi Pengasas MYA Edaran Sendirian Berhad, Airin Yusmira Mohd Yusof untuk berusaha memajukan peniagaan beras yang diusahakannya.

Airin berkata, beliau mempunyai impian untuk menjadikan MYA Edaran sebagai pengeluar beras terkemuka negara yang terkenal dengan kualiti dan jenamanya.

Untuk mencapai kejayaan itu, Airin berkata ia memerlukan usaha keras dan beliau positif syarikatnya mampu mencapai impian berkenaan.

MYA Edaran mengeluarkan produk beras super spesial tempatan dan beras basmathi di bawah jenama MYA5.

Produk keluaran syarikat di Rembau, Negeri Sembilan itu mempunyai pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI) dan halal yang sah.

MYA Edaran turut menerima Anugerah Jenama Berprestij dari World Muslimpreneur yang menjadi kebanggaan Airin dan syarikatnya.

Airin dalam pada itu percaya perjalanan dalam bidang keusahawanan panjang dan mempunyai pelbagai cabaran namun beliau yakin dapat menempuh kesukaran melalui pengurusan perniagaan yang baik.

Beliau turut menasihatkan para usahawan untuk berani mengambil risiko dalam perniagaan dan keluar dari zon selesa untuk mengembangkan jenama masing-masing. – AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in ADVERTORIAL

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading