Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS PESAWAT: ‘BERHENTI MINUM SEKEJAP, KEJAP LAGI ABANG BALIK,’ KATA-KATA TERAKHIR PEMANDU E-HAILING KEPADA ISTERI

DALAM NEGARA

NAHAS PESAWAT: ‘BERHENTI MINUM SEKEJAP, KEJAP LAGI ABANG BALIK,’ KATA-KATA TERAKHIR PEMANDU E-HAILING KEPADA ISTERI

Mangsa, Sharipuddin Shaari, 53, dilaporkan telah menghubungi isterinya kira-kira 2.15 petang untuk memberitahu dia singgah minum di kawasan sekitar Elmina.

KUALA LUMPUR: Pemandu e-hailing yang membawa Nissan Almera maut dalam nahas pesawat terhempas di Elmina, Shah Alam, semalam, sempat menghubungi isterinya sebelum kejadian.

Mangsa, Sharipuddin Shaari, 53, dilaporkan telah menghubungi isterinya kira-kira 2.15 petang untuk memberitahu dia singgah minum di kawasan sekitar Elmina.

“Kali terakhir dia (ayah) telefon ibu saya. Dia kata berhenti minum sekejap, kejap lagi abang balik,” kata anak sulung arwah Muhammad Sharul Izuan, 16.

Memetik laporan Sinar Harian, Muhammad Sharul memaklumkan dia mengetahui kejadian tersebut selepas anggota polis datang ke rumah kira-kira jam 6 petang.

Dia sekeluarga terkejut dan tidak percaya selepas mengetahui bapanya terlibat dalam nahas pesawat itu.

“Pada pagi hari kejadian (Khamis), sebelum ke sekolah, saya sempat bertegur dengan ayah yang sedang isi air di tangki kereta.

“Minggu lepas waktu kami sekeluarga dalam perjalanan ke pusat beli-belah di Sepang untuk beli buku adik, dia (arwah) tiba-tiba bagi dua gambarnya untuk saya simpan. Dia hanya kata, ambil dan simpan,” katanya.

Muhammad Sharul dan sekeluarga reda akan pemergian ayahnya walaupun pada awalnya mereka tidak percaya dengan berita tentang nahas itu dilaporkan.

Namun selepas melihat video perakam papan pemuka kenderaan (dashcam) yang tular, mereka mengesahkan bahawa itu adalah kereta bapanya.

Sharipuddin yang berasal dari Arau, Perlis meninggalkan seorang balu, Suriana Muda, 43, dan dua anak iaitu Muhammad Sharul serta Nur Izzara Arissya, 9.

Semalam, sebuah pesawat membawa enam penumpang bersama dua juruterbang dilaporkan gagal dikawal lalu terhempas di kawasan Elmina, turut melibatkan seorang pemandu e-hailing dan seorang ‘rider’ makanan.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading