BANTUAN UNTUK KELUARGA MANGSA NAHAS PESAWAT, MUDAHKAN URUSAN JENAZAH – PM ANWAR
Kerajaan akan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam semalam yang mengorbankan 10 nyawa.
KLANG: Kerajaan akan menyediakan bantuan yang diperlukan oleh keluarga mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat di Elmina, Shah Alam semalam yang mengorbankan 10 nyawa.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia bagi meringankan beban keluarga, terutamanya bagi mereka yang tidak mempunyai pekerjaan tetap.
“Sekarang ini kita bagi semua bantuan yang diperlukan untuk uruskan jenazah, semua kelengkapan dan penginapan. Selain itu kerajaan berikan bantuan kepada keluarga untuk menampung (keperluan), terutama yang tidak mempunyai pekerjaan tetap bagi pihak keluarga,” katanya kepada pemberita selepas menziarahi keluarga mangsa tragedi itu di pekarangan Jabatan Forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di sini hari ini.
Perdana Menteri turut memaklumkan proses bedah siasat dan proses pengesanan ujian asid deoksiribonukleik (DNA) terhadap 10 mangsa yang terkorban dalam nahas itu, akan dipercepat bagi memudahkan pengurusan jenazah.
“Saya ucapkan takziah kepada keluarga dan minta supaya bersabar, tiada siapa boleh jangka cuma yang dilakukan sekarang ialah mempercepatkan proses forensik dan ujian DNA
“Sebaik selesai semua, (jenazah) akan diuruskan oleh kerajaan sama ada Majlis Agama, Kerajaan Selangor dan jabatan berkenaan. Kita akan bantu meringankan beban keluarga,” kata Perdana Menteri.
Anwar berkata beliau yang mengikuti perkembangan kes tersebut sejak semalam, bersyukur dengan kelancaran operasi yang dijalankan oleh agensi terbabit, selain meluahkan rasa bangga dan mengucapkan terima kasih kepada semua anggota terlibat.
Mengulas mengenai kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bagi negeri Pahang, ekoran penyandangnya Datuk Seri Johari Harun, salah seorang mangsa yang maut dalam insiden tersebut, beliau berkata perkara itu akan dibincangkan kemudian.
Terdahulu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi antara pemimpin yang hadir di lokasi yang sama di sini, bagi menziarahi waris mangsa.
Turut hadir Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa, Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari.
Semalam, 10 lelaki disahkan maut dalam kejadian tersebut yang terdiri daripada enam penumpang dan dua kru pesawat ringan itu, manakala dua lagi merupakan orang awam masing-masing penunggang motosikal dan pemandu kereta yang lalu di tempat kejadian.
Ketika kejadian pesawat malang itu dalam penerbangan dari Langkawi ke Subang dan telah mendapat pelepasan untuk mendarat pada pukul 2.48 petang.–AlHijrah Online
Related
Discover more from ALHIJRAH ONLINE
Subscribe to get the latest posts sent to your email.
ID used to identify users for 24 hours after last activity
24 hours
_gat
Used to monitor number of Google Analytics server requests when using Google Tag Manager
1 minute
_gac_
Contains information related to marketing campaigns of the user. These are shared with Google AdWords / Google Ads when the Google Ads and Google Analytics accounts are linked together.
90 days
__utma
ID used to identify users and sessions
2 years after last activity
__utmt
Used to monitor number of Google Analytics server requests
10 minutes
__utmb
Used to distinguish new sessions and visits. This cookie is set when the GA.js javascript library is loaded and there is no existing __utmb cookie. The cookie is updated every time data is sent to the Google Analytics server.
30 minutes after last activity
__utmc
Used only with old Urchin versions of Google Analytics and not with GA.js. Was used to distinguish between new sessions and visits at the end of a session.
End of session (browser)
__utmz
Contains information about the traffic source or campaign that directed user to the website. The cookie is set when the GA.js javascript is loaded and updated when data is sent to the Google Anaytics server
6 months after last activity
__utmv
Contains custom information set by the web developer via the _setCustomVar method in Google Analytics. This cookie is updated every time new data is sent to the Google Analytics server.
2 years after last activity
__utmx
Used to determine whether a user is included in an A / B or Multivariate test.
18 months
_ga
ID used to identify users
2 years
_gali
Used by Google Analytics to determine which links on a page are being clicked