Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NAHAS PESAWAT: MUHAMMAD HAFIZ RIDER TERBAIK – FOODPANDA

DALAM NEGARA

NAHAS PESAWAT: MUHAMMAD HAFIZ RIDER TERBAIK – FOODPANDA

Salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat ringan yang berlaku di Elmina, Shah Alam, Allahyarham Muhammad Hafiz Muhamad Salleh disifatkan sebagai penghantar makanan terbaik Foodpanda.

Sumber Gambar: Media Sosial

SHAH ALAM: Salah seorang mangsa yang terlibat dalam nahas pesawat ringan yang berlaku di Elmina, Shah Alam, Allahyarham Muhammad Hafiz Muhamad Salleh disifatkan sebagai penghantar makanan terbaik Foodpanda.

Perkara itu dimaklumkan Foodpanda menerusi satu hantaran di Facebook hari ini yang turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang berasal dari Sidam, Kedah.

“Dukacita dimaklumkan bahawa penghantar makanan iaitu Allahyarham Muhammad Hafiz Muhammad Salleh terlibat dalam tragedi kapal terbang terhempas di Elmina, Shah Alam semalam.

“Salam takziah dari kami Foodpanda kepada keluarga Allahyarham. Al Fatihah,” tulis hantaran itu

Allahyarham yang bekerja sebagai p-hailing itu merupakan antara 10 mangsa yang terkorban dalam kejadian petang semalam.–AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading