Najib buat troll kerana rakyat

CAMERON HIGHLANDS – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan ‘troll’ yang dibuat sesuai dengan peranannya sebagai pembangkang dan sebagai satu cara mengangkat isu rakyat.
Walau bagaimanapun semuanya “troll” tersebut berdasarkan fakta, jelas beliau lagi.
“Itu pendekatan saya. Saya tak buat fitnah atau reka-reka. Apa yang saya buat itu saya sokong dengan fakta dan angka yang sebenar”.
Sebagai pembangkang beliau akui kini liputan media arus perdana terbatas untuknya, menurut laporan Sinar Harian.
“Kadang-kadang dalam kereta saya dapat idea. Memang itu peranan saya sebab jadi pembangkang ini, media arus perdana tak bagi tempat kepada saya. Macam dulu kan.
“Bukan awak (wartawan) salah tapi apabila sampai Kuala Lumpur banyak cerita itu kena cantas tapi saya gunakan online sebab itulah cara saya boleh sampaikan mesej kepada rakyat,” katanya sewaktu sesi bersama pemberita di Masjid Kg Raja hari ini.
Beliau juga menyatakan sikap beliau yang sentiasa berpegang pada prinsip yang benar dan akan tetap menyatakan sesuatu yang pada pendapat beliau benar untuk kebaikan rakyat walaupun tidak dipersetujui.
Namun katanya, sehingga kini masih banyak pertanyaan yang dibangkitkan kepada menteri PH belum berjawab.