Connect with us

ALHIJRAH NEWS

NEKAD BALIK KAMPUNG SAMBUT DEEPAVALI, PEMANDU PANDU LAWAN ARUS

DALAM NEGARA

NEKAD BALIK KAMPUNG SAMBUT DEEPAVALI, PEMANDU PANDU LAWAN ARUS

IPOH: Gara-gara ingin mengelak sekatan jalan raya (SJR) di Plaza Tol Sungkai, seorang lelaki nekad memandu melawan arus sehingga mengakibatkan kemalangan di KM355.4 Lebuh Raya Utara Selatan, arah utara dekat Bidor, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Supritendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan membabitkan Perodua Axia dan dua kenderaan lain.

Katanya kemalangan dipercayai berlaku apabila T. Yugeswaran, 34, yang memandu dari Klang, Selangor ke Bidor, Tapah untuk menyambut Deepavali nekad melawan arus sejauh 1.4 kilometer dari KM354 di susur keluar Sungkai arah utara selepas melihat SJR polis.

“Sebuah Toyota Rush yang dipandu seorang lelaki di lorong kanan arah utara tidak sempat mengelak lalu bertembung dengan Perodua Axia tersebut dan berpusing beberapa kali.

“Kebetulan sebuah lori treler yang membawa muatan sarung tangan juga tidak sempat mengelak lalu melanggar Perodua Axia itu. Bagaimanapun, ketiga-tiga pemandu tidak mengalami kecederaan,” katanya dalam satu kenyataan.

Wan Azharuddin berkata, pemandu Perodua Axia itu telah ditahan di rumahnya di Bidor kira-kira pukul 11 pagi, bagi siasatan mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.–AlHijrah Online / Hamimah Hamid


Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH NEWS

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading