Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

DALAM NEGARA

NELAYAN TERJATUH DI PERAIRAN PULAU TIKUS DITEMUKAN MENINGGAL DUNIA

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan pada 11.15 pagi oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

GEORGE TOWN: Seorang nelayan tempatan yang dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus, George Town pada Isnin ditemukan meninggal dunia pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Abdul Rozak Muhammad berkata mayat lelaki berusia 59 tahun itu ditemukan pada 11.15 pagi oleh pasukan Mencari dan Menyelamat (CARILAMAT), pada kedudukan 2.9 batu nautika di utara Tanjung Bungah.

Beliau berkata kejadian dilaporkan kepada polis pada 10.30 pagi semalam oleh seorang nelayan tempatan yang memberitahu rakannya dipercayai terjatuh ke dalam laut di perairan berdekatan Pulau Tikus. 

“Mangsa dilihat keluar ke laut bersendirian menggunakan sampan sekitar 7 pagi sebelum dikatakan terjatuh ke dalam laut.

“Ketika ditemukan, mangsa berpakaian baju sejuk hitam berjalur merah dan berseluar sukan hitam. Pemeriksaan pada tubuh mangsa mendapati tiada kesan unsur jenayah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan penemuan itu, Abdul Rozak berkata operasi CARILAMAT ditamatkan pada 12.20 tengah hari, manakala waris telah membuat pengecaman sebelum mayat dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DALAM NEGARA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading