Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

KRISIS KEMANUSIAAN DI GAZA SEMAKIN BURUK

DUNIA

KRISIS KEMANUSIAAN DI GAZA SEMAKIN BURUK

ICRC juga memberi amaran bahawa pemberhentian bantuan, termasuk gangguan bekalan elektrik ke satu-satunya loji penyahgaraman air di Gaza boleh memburukkan lagi keadaan.

Gambar FAIL (AFP)

GAZA: Jawatankuasa Antarabangsa Palang Merah (ICRC) memberi amaran bahawa krisis kemanusiaan di Gaza masih belum berakhir, lapor Agensi Berita Emirates (WAM). 

“Penghantaran bantuan meningkat dengan ketara sepanjang tempoh gencatan senjata, namun jumlah itu masih terlalu kecil berbanding keperluan besar di lapangan,” menurut kenyataan ICRC pada Isnin. 

Badan kemanusiaan itu menekankan bahawa selain bantuan kecemasan, komitmen jangka panjang diperlukan untuk membangunkan semula perkhidmatan asas serta memulihkan maruah masyarakat yang terjejas.

Bantuan juga perlu dipelbagaikan, termasuk bekalan bahan pembinaan untuk tempat perlindungan, peralatan perubatan dan perkhidmatan penting lain bagi menangani krisis yang semakin kompleks.

ICRC juga memberi amaran bahawa pemberhentian bantuan, termasuk gangguan bekalan elektrik ke satu-satunya loji penyahgaraman air di Gaza boleh memburukkan lagi keadaan.

Kesannya sudah mula dirasai melalui kenaikan harga dan kekurangan barang keperluan asas. —AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading