Connect with us

ALHIJRAH ONLINE

NETANYAHU ARAH LEBIH BANYAK SERANGAN UDARA KE ATAS GAZA

DUNIA

NETANYAHU ARAH LEBIH BANYAK SERANGAN UDARA KE ATAS GAZA

BAITULMAQDIS: Perdana Menteri Israel mengarahkan tentera rejim meneruskan serangan udara ke atas wilayah Gaza yang dikepung.

Benjamin Netanyahu, dalam kenyataan di media sosial semalam berkata, beliau membuat keputusan itu selepas bertemu dengan ketua agensi keselamatan Shin Bet, ketua majlis keselamatan nasional, menteri pertahanan dan ketua staf tentera.

Agensi berita Anadolu melaporkan jet tempur rejim menyerang sasaran Islamic Jihad di utara Gaza.

Pihak berkuasa di Gaza bagaimanapun dilaporkan berkata, tiada kematian atau kecederaan dilaporkan akibat serangan Israel itu.

Tengah hari kelmarin, 14 roket dilaporkan dilancarkan dari Gaza ke Israel dengan 12 darinya dimusnahkan sistem pertahanan udara rejim.

Rejim Israel kemudiannya melancarkan serangan udara di sasaran Islamic Jihad di Syria dan Gaza, yang mengorbankan dua aktivis penentang, demikian menurut sumber tentera. — Terjemahan AlHijrah Online


Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe to get the latest posts sent to your email.

Mohammad Zaim Bin Nor Zamani, Ketua Unit Kandungan Digital TV AlHijrah.

Click to comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

More in DUNIA

To Top

Discover more from ALHIJRAH ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading